Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 1
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Modul 2 Sesi 1 pada 1 hingga 3 Oktober 2019, bertempat di Ancasa Hotel & Spa Kuala Lumpur. Seramai 72 orang peserta kumpulan pertama yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan pelanggan Perkeso dari seluruh Malaysia berkumpul di sini selama 3 hari 2 malam bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam ilmu dan kemahiran perkhidmatan pelanggan profesional.
Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Modul 2 Sesi 1 ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.
Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Semoga Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Modul 2 Sesi 1 ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Pengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan ini :
- Penceramah yang sangat mengagumkan dan berkualiti – Ahmad Fauzie – Pegawai Kerani
- Seorang penceramah yang lantang dan berpengalaman – Nur Amalina – Pegawai Kerani Kanan
- Sangat memuaskan & tenang serta dapat meyakinkan setiap peserta – Aidawaty – Pegawai Kerani
- Penceramah sangat baik, penyampaian yang jelas dan terang dan info yang diberi menepati sasaran kursus – Suraya – Pegawai Kerani
- Kursus ini sangat berkesan, penceramah bijak menggunakan bahasa dan perbandingan – Faizah Tahir – Pegawai Khidmat Pelanggan
- Secara keseluruhannya penceramah telah menjalankan tanggungjawab dengan baik dan ‘wow’ serta programnya terbaik – Faridah – Pegawai Kerani
- Penceramah seorang yang mesra, cara penyampaian kepada peserta berkesan dan boleh menarik perhatian peserta untuk fokus – Connies Chew – Pegawai Kerani
- Penyampaian yang jelas, mampu membuka hati dan minda, peserta dapat mengenali diri dan interaksi yang terbaik dengan peserta – Siti Nuraishah – Kerani Sambilan
- Mampu menarik minat dan perhatian peserta dengan gaya penyampaian beliau- Zunaina – Pegawai Eksekutif
- Penyampaian yang sangat bersemangat. Padat dengan isi – isi sangat best – Norwani – Kerani
- Penceramah mempunyai pengalaman yang luas – Lailee – Pegawai Kerani Kanan
- Hampir 95% memenuhi dan menepati objektif – Noor Azila – Pegawai Kerani Kanan
- Seorang yang personaliti menarik dan berjaya mengalurkan aura positif pada saya – Nurul Aszimah – Penolong Pengarah Khidmat Pelanggan
- Penceramah memang seorang yang profesional – Siti – Pegawai Kerani Kanan
- Penceramah seorang yang sangat ceria dan telah menyampaikan ceramah dengan sangat baik – Senia – Pegawai Kerani
- Penceramah mahir & professional – Peh Tzee Wee – Pegawai Kerani
- Sangat baik – Zaleha – Pegawai Eksekutif
- Sangat professional – Aminah – Pegawai Kerani
- Sangat bertepatan & penyampaian sangat difahami – Norrazrina – Pegawai Khidmat Pelanggan
- Penceramah berpengalaman dan berpengetahuan, program bermanfaat – Noor Khairunnisa – Ketua Unit Khidmat Pelanggan
- Ilmu yang diberi sangat bermanfaat – Siti Aminah – Pegawai Eksekutif
- Penceramah dan program amat bagus – Safri – Pegawai Eksekutif
- Excellent – Azizahton – Pegawai Khidmat Pelanggan
- Sangat bertenaga. Dapat perhatian daripada semua peserta. Terbaik tetapi video tidak banyak dimainkan – Vekneswary – Pegawai Kerani Sambilan
- Sangat – sangat berpuas hati dengan cara pendekatan “Cemerlangan” – Ibrahim – Pegawai Kerani
- Excellent – Hanaliza – Pegawai Kerani Kanan
- Penceramah sangat bertenaga, banyak idea & ilmu – Zahida – Pegawai Kerani
- Sangat membantu dalam mengendali kaunter/berurusan dengan pelanggan – Norshahiran – Pegawai Kerani
- Sangat baik – Norhabibah – Kerani
- Mencapai objektif kursus – Sivaneswary – Pegawai Eksekutif
- Semua penceramah menyampaikan setiap topik mudah difahami – Siti Rahmah – Pegawai Eksekutif
- Terbaik – Abdul Hafiz – Pegawai Eksekutif
- Bagus – Norbazura – Kerani
- Jelas – Mohd. Firdaus – Pegawai Kerani
- Puas hati dengan cara penyampaian – Mohd. Adli – Kerani
- Berkesan dan memuaskan – Fazliana – Pegawai Kerani
- Bagus – Mohd. Faizal – Pegawai Kerani
- Menarik, mampu memberikan penyampaian dengan jelas – Abdul Razak – Kerani
- Mudah difahami. Memberi motivasi – Sharifah – Kerani
- Sangat memuaskan – Hasliza – Kerani
- Cemerlang – Sylvester- Pegawai Kerani Kanan
- Sangat memuaskan – Nisah – Pegawai Khidmat Pelanggan
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!