Kursus Pemantapan Kerjaya Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka Pada 21-22 September 2021

Kursus Pemantapan Kerjaya RTM Jabatan Penyiaran Malaysia Melaka Pada 21-22 September 2021.

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, pada 21 – 22 September 2021 yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Kerjaya RTM oleh Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka.

Terima kasih kepada pihak Jabatan Penyiaran Malaysia (RTM) Melaka di atas jemputan dan kepercayaan kepada Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus ini. Kursus ini berlangsung secara dalam talian melalui aplikasi Zoom Meeting selama dua hari dan telah disertai oleh 38 orang peserta daripada Jabatan Pentadbiran, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Rancangan RTM Melaka. Para peserta yang menyertai Kursus Pemantapan Kerjaya RTM ini terdiri daripada pelbagai jawatan iaitu Penolong Jurutera, Pembantu Kemahiran, Penerbit Rancangan, Ahli Muzik, Pembantu Tadbir, Pembantu Tadbir Kewangan, Pegawai Khidmat Pelanggan, Pengawal Keselamatan, Pembantu Pejabat, Pembantu Awam, Pemandu Kenderaan (C.O.S) dan Rancangan (Piecemeal).

 

Kursus Pemantapan Kerjaya RTM Perunding Imej
“Penceramah sangat pakar dalam setiap modul yang disampaikan,” – Mohd Zaki Bin Ibrahim – Penolong Jurutera, MelakaFM

 

“Penceramah dan pengisian kursus adalah menarik, walaupun kursus ini dilaksanakan secara maya namun maklumat dapat sampai secara berkesan,” – Siti Rubiah Binti Abu Siran – Penerbit Rancangan / B32, Bahagian Rancangan

 

Kursus Pemantapan Kerjaya RTM Perunding Imej
“Penceramah dan pengisian kursus yang menarik! Walaupun dilaksanakan secara maya namun maklumat dapat sampai secara berkesan,” – Siti Rubiah Binti Abu Siran – Penerbit Rancangan / B32, Bahagian Rancangan

Kursus Pemantapan Kerjaya RTM Perunding Imej

Pemantapan kerjaya pekerja yang cekap dan profesional meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika penyampaian dan tingkah-laku pekerja yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para peserta kursus dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan kerjaya yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.

Objektif utama kursus pemantapan kerjaya RTM ini adalah seperti berikut :

  1. Memahami EQ, IQ dan SQ sebagai antara penyumbang utama kejayaan individu dalam kerjaya
  2. Mampu mengendalikan dan mengatasi cabaran kerjaya dan kehidupan
  3. Mengaplikasikan 5 komponen dalam kepintaran emosi
  4. Mengendalikan kerja dengan lebih cekap dan berproduktiviti tinggi serta komitmen yang mantap
  5. Memahami falsafah dan konsep integriti dan akauntabiliti dengan berkesan serta pengamalan integriti dan akauntabiliti secara menyeluruh dalam tugasan harian
  6. Memandu arah diri dan organisasi dari terjerumus dalam keruntuhan integriti dan meningkatkan keikhlasan dalam kerja sebagai satu ibadah

 

Kursus Pemantapan Kerjaya RTM
“Kursus ini sangat bagus dalam mengenal potensi diri – Fauziah Binti Eshak,” – Penolong Jurutera Ja29, Unit Siaran Luar

Kursus Pemantapan Kerjaya RTM

 

Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama dua hari ini ialah:

  • Pengenalan Kerjaya
  • Integriti & Akauntabiliti
  • Kemahiran Kerja Berpasukan
  • Personality Discoveries
  • Kecerdasan Emosi Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya
  • Kemahiran Komunikasi & Interpersonal

 

Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama dua hari ini. Harapan kami agar semua peserta mampu memahami dan memanfaatkan segala ilmu yang disampaikan dalam kursus ini dalam menjalani rutin kerjaya dan kehidupan harian. Kami mendoakan kejayaan yang cemerlang di dunia dan di akhirat kepada semua peserta, selamat maju jaya dan semoga para peserta terus mantap dan komited dengan tugasan yang telah diamanahkan dan memperoleh sebaik-baik keberkatan dari Ilahi, in sha Allah.

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pemantapan Kerjaya RTM Melaka ini:

  1. Penceramah sangat pakar dalam setiap modul yang disampaikan – Mohd Zaki Bin Ibrahim – Penolong Jurutera,MelakaFM
  2. Penceramah dan pengisian kursus adalah menarik, walaupun kursus ini dilaksanakan secara maya namun maklumat dapat sampai secara berkesan – Siti Rubiah Binti Abu Siran –Penerbit Rancangan / B32, Bahagian Rancangan
  3. Hebat – Norashikin Binti Abu Bakar – Pengawal Keselamatan KP14 Pentadbiran
  4. Kursus ini sangat bagus dalam mengenal potensi diri – Fauziah Binti Eshak – Penolong Jurutera Ja29, Unit Siaran Luar
  5. Penceramah Puan Raihan amat ceria dan penuh semangat – Surahati Abu Hassan – Penerbit Rancangan B22, Jabatan Penyiaran Melaka/Rancangan /Penerbitan
  6. Terbaikkk – T.Ravathi a/p Thurairaju – Penerbit Rancangan
  7. Sangat baik – Norra Binti Salamat – Penolong Jurutera JA29 Jabatan/Kejuruteraan/Bengkel
  8. Bagus dengan perkongsian ilmu – Noor Herda Yanny Binti Tawab – Pegawai Khidmat Pelanggan N19, Jabatan Pentadbiran
  9. Mohon diadakan lagi dari semasa ke semasa untuk refresh diri untuk semangat bekerja – Mohd Daim Bin Zainudin – Penerbit Rancangan B22, Jabatn Penyiaran Melaka /Rancangan / JUR
  10. Terbaik – Rizwan Noh Bin Razali – Pembantu Awam H11, Pentadbiran
  11. Terbaik – Sulaiman Bin Ahmad – Pembantu Awam H11, Pentadbiran
  12. Sangat baik! – Himsakputra Bin Saipul Anuar – Juruhebah (Piecemeal) Jabatan Penyiaran Melaka
  13. Bagus – nur farah huda sahiran – B29 (COS), RTM Melaka (BES)
  14. Terbaik – Maszlan Bin Bordani – Penolong Jurutera / JA36 M&E Dan Penerbitan Luar
  15. Terbaik – Hady Bin Ali – H11 Pekerja Awam, Pentadbiran
  16. Bagus – Wahidawati Binti Wahab – Pen Jurutera Ja29, MCR
  17. Baik – Mohd Hamizal Bin Razali – Pembantu Kemahiran / H19 Jabatan Kejuruteraan / Bengkel
  18. Bagus – Surahati Abu Hassan – Penerbit Rancangan B22
  19. Baik – Mohd Saffuan Bin Md Shah – Penolong Jurutera JA29 Kejuruteraan
  20. Baik – Mazuria Binti Zulkifli – Penerbit Rancangan / B22, Unit Berita Ehwal Semasa /Bahagian Rancangan
  21. Baik – Ayop Bin Awang – Penolong Jurutera/JA29, Unit MCR
  22. Sangat baik – Rahidah Binti Abdullah – Penolong Jurutera / JA29 Kejuruteraan/Perkhidmatan Am
  23. Baik – Hasri Bin Hasan – Ahli Muzik /B29 Rancangan
  24. Baik – Nor Hayati Binti Nor Muhamad – B19 Jabatan Penyiaran Malaysia

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Kerjaya ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Thursday, September 23rd, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments