
Protokol, Etiket & Etika: Imej Sebuah Organisasi
‘Majlis mungkin berlangsung selama beberapa jam, tapi kesan layanan dan cara kita membawa diri boleh kekal dalam ingatan tetamu selama bertahun-tahun.’
Dalam banyak majlis rasmi, antara cabaran yang timbul adalah :
-
Pegawai keliru tentang susunan keutamaan tetamu
-
Lagu kebangsaan dimainkan tanpa ikut tertib
-
Pegawai pengiring kelihatan gugup, tidak pasti protokol perbualan dengan tetamu kehormat
-
Penyampaian maklumat dalam majlis tidak selaras, berulang dan tidak konsisten
-
Kekeliruan berlaku bila tetamu antarabangsa hadir — siapa terima? Di mana tempat duduknya?
Kesemua ini bukan sekadar kekurangan teknikal — ia memberi gambaran bahawa organisasi kurang bersedia, tidak profesional dan tidak menghormati adat protokol.
Dan lebih malang, dalam majlis rasmi kerajaan, kesilapan kecil boleh membawa kesan besar.
Bayangkan sebuah majlis yang ditadbir rapi oleh staf yang terlatih, setiap detik majlis dirancang dengan teliti, setiap pegawai tahu peranannya, dan setiap tetamu dilayan dengan adab dan hormat.
- Pegawai pengiring mengendalikan tetamu atau delegasi asing dengan penuh yakin dan empati
- Urus setia memahami peraturan, pekeliling dan akta berkaitan protokol
- Etiket sosial dijadikan budaya kerja — dari segi penampilan, tingkah laku hingga komunikasi
- Majlis bukan sahaja tersusun — tetapi menjadi tanda aras organisasi profesional
Inilah majlis yang dianjurkan hasil daripada pegawai yang terlatih dan mahir dalam ilmu protokol, hasil daripada pendedahan kepada 24 komponen utama dalam pengurusan protokol dan majlis rasmi kerajaan, sebagaimana yang diterapkan dalam kursus ini.
Kursus ini bukan sekadar ‘kursus teori’ — ia adalah program aplikasi sebenar, berpaksikan:
✔️ Amalan terbaik (best practices) dalam protokol rasmi dan antarabangsa
✔️ Etika perkhidmatan awam berlandaskan pekeliling dan akta semasa
✔️ Simulasi majlis sebenar – dari penyambutan tetamu, pengurusan kehadiran, sehingga ke kendalian konflik
✔️ Latihan komunikasi diplomatik & etiket sosial untuk semua lapisan petugas
✔️ Penekanan kepada integriti, nilai diri dan kemahiran sosial sebagai aset organisasi
Mengapa ilmu tentang Protokol, Etiket Sosial, Etika dan Integriti ini kritikal?
- Kerana majlis rasmi bukan lagi bersifat tertutup. Ia dihadiri oleh VVIP, media, orang awam dan kini tersebar luas di media sosial.
- Kerana masyarakat menilai profesionalisme jabatan melalui cara kita melayan.
- Kerana pegawai LO, pengiring, penyelaras dan urus setia adalah wajah pertama organisasi.
Dengan kefahaman dan kemahiran yang tepat, setiap pegawai boleh mengangkat reputasi jabatan ke tahap yang lebih tinggi.
Etika dan Integriti – Dua Tiang Seri Yang Tidak Boleh Dilanggar
Dalam dunia kerja hari ini, kemahiran sahaja tidak cukup. Pegawai juga mesti memiliki:
- Etika kerja yang jelas — tahu apa yang betul, apa yang patut
- Integriti kukuh — bertindak berdasarkan prinsip, bukan kepentingan
- Kestabilan emosi — kerana kita berurusan dengan pelbagai pihak, dalam pelbagai situasi
Apabila protokol, etiket dan integriti berjalan seiring, maka imej organisasi itu akan dilihat profesional, boleh dipercayai dan dihormati.
Daripada Majlis Biasa Kepada Pengalaman Luar Biasa
Peranan staf sebagai urus setia, pegawai protokol, LO atau penyelaras bukan sekadar “menjalankan tugas”, tetapi mereka sebenarnya adalah arkitek yang mencipta/ mereka bentuk pengalaman dan menguruskan persepsi pelanggan terhadap organisasi.
Kursus Keterampilan Profesional: Protokol, Etiket Sosial, Etika dan Integriti ini adalah peluang untuk memperkasa diri dan pasukan, agar bukan sahaja berjaya mengurus dan melaksanakan majlis, tetapi mencipta impak yang membanggakan.
“People will forget what you said, they may forget what you did…
But they will never forget how you made them feel.” – Maya Angelou
Mari jadikan setiap majlis yang kita kendalikan, satu pengalaman yang penuh adab, dihormat dan membanggakan.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Keterampilan Profesional: Protokol, Etiket Sosial, Etika dan Integriti ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.