Alhamdulillah berjalan lancar selama empat hari Kursus Kemahiran Komunikasi dan Perundingan: Meningkatkan Keberkesanan Interaksi bersama para pegawai SPRM bertempat di Dewan Kuliah Sabah, Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia, Kuala Lumpur, bermula oada 20 hingga 23 Mei 2025.
Bila kita berkomunikasi, kita bukan sekadar menyampaikan mesej, namun kita sedang membentuk reaksi, persepsi dan kepercayaan. Komunikasi taktikal bukan untuk manipulasi. Ia untuk meningkatkan keberkesanan interaksi dan mengurangkan risiko kerosakan dalam penerimaan. Rundingan bukan tentang siapa yang menang, namun ianya tentang siapa paling bijak mengawal persepsi dan emosi.“Gunakan kuasa komunikasi anda untuk misi yang betul, dengan cara yang betul.”
Kemahiran teknikal sahaja tidak menjamin kejayaan misi organisasi. Tanpa komunikasi yang strategik dan empati, mesej boleh disalah tafsir, kerjasama boleh tergugat, dan reputasi agensi boleh terjejas. Pelbagai cabaran komunikasi yang wujud seperti situasi perundingan berprofil tinggi yang memerlukan ketenangan dan pengaruh, pengaruh emosi dan penuh tekanan, penyampaian mesej pencegahan kepada awam yang mesti meyakinkan dan berintegriti dan komunikasi dalaman antara jabatan yang memerlukan ketepatan dan kefahaman bersama amat memerlukan kemahiran komunikasi dan berstrategi dan perundingan yang beretika di kalangan para pegawai.

Antara objektif Kursus Kemahiran Komunikasi dan Perundingan: Meningkatkan Keberkesanan Interaksi adalah seperti berikut:
✅ Mampu berkomunikasi dengan tenang, jelas dan meyakinkan dalam apa jua situasi✅ Tahu strategi perundingan yang psikologikal dan profesional
✅ Mempunyai kemahiran mendengar aktif, membaca bahasa tubuh, dan mengurus emosi ketika berunding
✅ Dapat membina jambatan kepercayaan dalam setiap interaksi, walaupun dalam tekanan tinggi
✅ Mampu mengekalkan imej profesional, beretika dan berpengaruh di mata masyarakat
Terima kasih kepada Akademi Pencegahan Rasuah Malaysia Kuala Lumpur di atas jemputan dan peluang untuk kami Tim Perunding Imej Malaysia untuk mengendalikan kursus ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen sepanjang kursus. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Kemahiran Komunikasi dan Perundingan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.