Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022

Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) untuk mengendalikan Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO 2022 selama tiga hari bertempat di Hotel Pullman Kuala Lumpur. Peserta terdiri daripada seramai 20 orang Setiausaha Pejabat PERKESO daripada pelbagai unit dan bahagian di Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO).

 

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022
“Knowledgeable and fun!” – Hasnieda binti Hasbullah – Bahagian Pejabat SIP

 

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022
“Penceramah-penceramah yang sangat profesional dan banyak pengalaman,” – NorSaaiyah binti Saleh – Bahagian Caruman

 

Seorang Setiausaha adalah duta kepada majikannya, jenama kepada organisasinya dan ketua kepada dirinya. Pengetahuan dan kemahiran mengenai tugas-tugas seorang setiausaha masa kini bukan sahaja melibatkan tugas mengurus pejabat dan majikan, lebih daripada itu adalah cabaran dalam kemahiran interpersonal seperti kemahiran komunikasi, etika dan ketrampilan diri dalam setiap majlis, masa dan tempat.

Dalam dunia profesional, mempunyai kemahiran dalam mengurus tugasan di pejabat dan kemahiran interpersonal merupakan pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang setiausaha di mana ia menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.

Penganjuran kursus ini adalah untuk memantapkan lagi kemahiran dan teknik bagaimana menjadi seorang setiausaha yang berkredibiliti dan cemerlang, seterusnya melahirkan keyakinan dan rasa tanggungjawab dalam melaksanakan tugas-tugas dengan lebih mantap dan berwibawa.

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022
“Para penceramah sangat arif dalam topik yang disampaikan. Cara penyampaian juga mudah difahami,” – Wan Nurul Syakinah binti Rosli – Bahagian Kewangan

 

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022
“Penerangan yang diberikan jelas dan beserta contoh,” – Nurhayati binti Kamarudin – PPN Perak

 

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022
“Terbaik dan mesej disampaikan dengan baik. Mudah difahami dan jelas,” – Nor Ismee binti Abdul Malek – PPN Kuala Lumpur

 

Matlamat akhirnya ialah dapat melengkapkan seorang setiausaha dengan ilmu dan teknik untuk menjalankan tugas-tugas dengan lancar, kemas dan tersusun di samping memiliki kemahiran interpersonal yang tinggi.

Objektif utama Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO 2022 adalah untuk:

  1. Mendalami ruang lingkup sebenar tugas seorang setiausaha masa kini
  2. Mengenal personaliti yang tepat serta ciri-ciri profesionalisme yang harus ada pada setiausaha
  3. Bijak dalam berpenampilan dan bergaya di dalam semua keadaan, masa dan tempat
  4. Mahir dalam 10 etika asas di tempat kerja
  5. Mengamalkan ciri-ciri komunikasi verbal dan non-verbal secara positif dan efektif dalam berkomunikasi dengan pihak atasan, tetamu, kakitangan dalaman dan pelanggan luaran
  6. Mengaplikasikan teknik-teknik komunikasi, pengurusan konflik dan pengurusan stress di tempat kerja

 

Antara modul yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO selama tiga hari ini ialah:

  • Modul 1: Tugas dan Tanggungjawab Seorang Setiausaha
  • Modul 2: Kemahiran Mengaplikasikan Keutamaan Kerja dan Pengurusan Stres
  • Modul 3: Bagaimana Menjadi Setiausaha Super Berfikiran Kreatif, Inovatif dan Produktif
  • Modul 4: Protokol Mesyuarat dan Pengendalian Minit Mesyuarat
  • Modul 5: Pemantapan Imej dan Ketrampilan Diri Setiausaha
  • Modul 6: Berkredibiliti Dengan Kemahiran Interpersonal dan Komunikasi Berkesan
  • Modul 7: Etiket dalam Membina Perhubungan Profesional
  • Modul 8: Sesi Perkongsian Pengalaman Dan Harapan Bersama Bos

 

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022
“Penyampaian yang baik dan berkesan,” – Hanis Zulaikha binti Mohd Azizan – Bahagian Pengurusan Korporat

 

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022
“Penceramah sangat berpengalaman,” – Fazilah binti Ghazali – Bahagian GEAR

 

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO 2022 ini:

 

  1. Para penceramah sangat arif dalam topik yang disampaikan. Cara penyampaian juga mudah difahami – Wan Nurul Syakinah binti Rosli – Bahagian Kewangan
  2. Penerangan yang diberikan jelas dan beserta contoh – Nurhayati binti Kamarudin – PPN Perak
  3. Terbaik dan mesej disampaikan dengan baik. Mudah difahami dan jelas – Nor Ismee binti Abdul Malek – PPN Kuala Lumpur
  4. Idea dan ilmu yang dicurahkan sangat membantu – Shamimi Farhana bt Radzuan –Bahagian Komunikasi Strategik
  5. Sangat berpengalaman – Qistina binti Radzan – Bahagian Pejabat Setiausaha Lembaga
  6. Baik dan cemerlang – Ummi Syaqillah bt Mohd Sidek – Bahagian Perundangan
  7. Knowledgeable and fun – Hasnieda binti Hasbullah – Bahagian Pejabat SIP
  8. Baik dan berpengalaman – Azira bt Ariffin – Bahagian Sumber Manusia
  9. Penyampaian yang baik dan berkesan – Hanis Zulaikha binti Mohd Azizan – Bahagian Pengurusan Korporat
  10. Penyampaian yang baik dan difahami – Nurul Akmal binti Abdullah – Bahagian Faedah
  11. Bagus – Nurhidayah binti Mahat – PPN Selangor
  12. Penceramah sangat berpengalaman – Fazilah binti Ghazali – Bahagian GEAR
  13. Sangat baik – Sarah binti Banyamin – Bahagian Pejabat Ketua Eksekutif
  14. Baik. Menarik – Nurul Syahierah binti Basri – Bahagian Faedah
  15. Penceramah-penceramah yang sangat profesional dan banyak pengalaman – NorSaaiyah binti Saleh – Bahagian Caruman
  16. Penceramah berpengetahuan luas & berupaya menarik peserta semasa kursus
  17. Bersetuju – Sahidatul Shafinas binti Mat Yusof

 

Terima kasih kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Perunding Imej Malaysia untuk Mengendalikan Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO 2022 ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam kursus ini.

 

Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO Pada 25-27 Februari 2022

 

Perunding Imej Malaysia mengucapkan setinggi tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pembangunan Kerjaya dan Kecemerlangan Setiausaha Pejabat PERKESO 2022 ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.

Monday, February 28th, 2022
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments