Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor Pada 24 dan 25 Julai 2021

Kursus Jati Diri Mahasiswa, Lembaga Zakat Selangor secara dalam talian pada 24 dan 25 Julai 2021.

Alhamdulillah, pada 24 dan 25 Julai 2021 yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk mengendalikan Kursus Jati Diri Mahasiswa yang diadakan secara dalam talian dengan menggunakan platform online conferencing iaitu Zoom dan aplikasi XSplit Broadcaster Live Streaming. Seramai 20 orang peserta yang merupakan pelajar organisasi ini telah menghadiri kursus selama dua hari ini iaitu terdiri daripada pelajar pelbagai bidang daripada beberapa buah Institut Pengajian Tinggi Awam dari seluruh Malaysia.

 

Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor
“Penceramah yang sangat aktif dan program yang sangat menarik”, – Nurul Syazwani Binti Abdullah
Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor
“Sangat bermotivasi, sangat baik, penuh dengan ilmu baharu dan penjelasan yang sangat-sangat jelas”, – Siti Normahani Binti Jamaluddin

Kursus ini diadakan khusus untuk pemantapan dan pengukuhan personaliti dan jati diri peserta, untuk keazaman dan iltizam bagI mencapai potensi serta kualiti diri dalam manjalani kehidupan yang penuh cabaran hari ini. Iltizam ini seterusnya akan dipandu dengan ilmu dan teknik bagaimana strategi untuk mencapai kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan dan kerjaya, demi kejayaan di dunia dan akhirat, in sha Allah. Antara objektif kursus ini juga adalah untuk membina penetapan matlamat peserta yang lebih jelas dan mengenal pasti potensi dan kekuatan diri mereka yang sebenar dalam membina hala tuju masa hadapan. Selain itu, kursus ini juga membudayakan semangat bekerjasama dan mengatasi sikap menyalahkan orang lain dalam mencapai matlamat, mendorong dan memotivasikan peserta dan rakan lain untuk sentiasa bekerja dalam semangat berpasukan yang jitu dan padu. Bukan itu sahaja malah, kursus ini turut menambahkan pengetahuan peserta untuk mengurus tekanan diri dengan berkesan melalui pemantapan kaedah pengurusan emosi.

Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor
“Superb dan sangat sporting, cara penyampaian sangat jelas dan saya rasa mudah untuk faham apa yang disampaikan”, – Mohammad Farhan Bin Mohd Yusof

Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor

Antara perkara-perkara yang dikongsikan dalam bengkel ini:
1. Mengenali Diri, Personaliti, Misi & Visi) (The concept of vicegerency on earth)
2. Analisa dan transformasi diri, penetapan matlamat diri (Vision Board)
3. Menguasai emosi dan minda (Self-Mastery)
4. LEADER Character Enhancement
5. Pengurusan Masa Efektif
6. Ultimate Successful Character
7. Kecerdasan Emosi Ke Arah Kecemerlangan Kerjaya

Biarpun kursus Kursus Jati Diri Mahasiswa ini dijalankan secara dalam talian, namun modul-modul yang kami sediakan adalah bersesuaian dengan kaedah pembelajaran sebegini bagi memenuhi keperluan agar semua peserta yang terlibat dapat menimba ilmu yang disampaikan dengan interaktif dan efektif. Penglibatan aktif para peserta membuatkan kami yakin bahawa kursus secara dalam talian ini bukanlah penghalang dikala era pandemik ini sebaliknya ia dianggap sebagai cabaran untuk kita semua memberi dan menerima ilmu dengan kaedah yang baru yang lebih menarik. Ini secara tidak langsung dapat melatih peserta untuk terus positif dengan keadaan semasa di samping terus meningkatkan kualiti diri dengan lebih cemerlang, bersemangat dan bermotivasi.

 

Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor
“Penceramah sangat aktif berkomunikasi dengan peserta dan sedia memberi jawapan setiap persoalan yang diajukan”,~Nur Sabrina Binti Saipul Bahri

Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor Kursus Jati Diri Mahasiswa Lembaga Zakat Selangor

 

Kami sangat berbesar hati dengan jemputan dan kepercayaan yang diberikan oleh Lembaga Zakat Selangor untuk mengendalikan Kursus Jati Diri Mahasiswa ini. Semoga semua peserta yang terlibat dalam Kursus Jati Diri Mahasiswa ini dapat mempraktikkan dan memanfaatkan segala ilmu yang diperolehi beroleh kejayaan di dunia dan akhirat. Diharapkan ilmu yang diperoleh menerusi kursus ini juga dapat dikongsikan dengan mereka yang lain agar manfaatnya boleh membantu mereka yang lain. Semoga semakin maju dan cemerlang serta semoga segala usaha kerja kita diterima dan diganjari segala amal kebaikan dengan setinggi-tinggi ganjaran, in sha Allah.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Jati Diri Mahasiswa anjuran Lembaga Zakat Selangor ini:

  1. Superb dan sangat sporting, cara penyampaian sangat jelas dan saya rasa mudah untuk faham apa yang disampaikan. – Mohammad Farhan Bin Mohd Yusof
  2. Penceramah sangat aktif berkomunikasi dengan peserta dan sedia memberi jawapan setiap persoalan yang diajukan. – Nur Sabrina Binti Saipul Bahri
  3. Penceramah yang sangat aktif dan program yang sangat menarik. – Nurul Syazwani Binti Abdullah
  4. Penceramah sangat bagus – Noor Hidayah Binti Mohd Sony
  5. Sangat bermotivasi, sangat baik, penuh dengan ilmu baharu dan penjelasan yang sangat-sangat jelas. – Siti Normahani Binti Jamaluddin
  6. Sangat best dan terbaik! – Nur Umairah Binti Muhammad Zamri
  7. Sangat bagus dan berilmu – Norfarahin binti Johar
  8. Best – Siti Farzana Iwani Binti Sabri
  9. Sangat Best – Nur Elissa Shahira Binti Omar
  10. Sangat baik dan sesuai – Syukur Daniel Bin Zulkifli
  11. Sangat bagus, banyak input diterima – Dayang Siti Mahani Binti Mohd Sukarni
  12. Sangat best! – Erin Natasha Binti Mohamad Ujang
  13. Cikgu Jinggo mengajar tentang “Why not me?”, “Why not now?” dan pelbagai lagi kata-kata semangat untuk kami bangkit selepas kejatuhan dan pentingnya memaafkan kesilapan orang sekeliling agar hati sentiasa bersih dan Allah permudahkan segala urusan dengan keberkatanNya. Malahan beliau juga menggalakkan kami untuk melakukan Vision Board kerana otak menyukai setiap perkara yang berbentuk gambar. Ia adalah bentuk seseorang hamba berdoa tentang cita-cita dan matlamatnya. Setiap gambar harus diletakkan secara spesifik seperti tarikh, tempat, warna. Saya juga amat yakin segala yang saya telah lekatkan di dalam Vision Board akan tercapai walaupun saya harus melalui laluan yang berliku. Cikgu Jinggo juga amat mahir bermain gitar di mana menunjukkan beliau seorang penceramah motivasi yang holistik. Manakala, Puan Raihan pula banyak mengulas tentang jati diri seseorang, mengapa kita berada di dunia ini dan mengenali sifat-sifat yang terdapat dalam diri seseorang, bagaimana untuk menjemput rezeki dengan mudah, tips untuk menjadi berjaya iaitu meningkatkan kualiti penguasaan ilmu dan kualiti moral di mana ia seharusnya bergerak seiring di dalam kehidupan seseorang. Sesi perkongsian yang disampaikan oleh Puan Raihan amat dinanti-nantikan oleh saya kerana sepanjang saya membesar, saya sering ada mental block yang menyekat tindak tanduk saya untuk melakukan sesuatu perkara dengan jalan yang terbaik. Sesi perkongsian Puan Raihan yang berlangsung dari pagi hingga ke petang amat dekat buat diri saya malahan ibu saya juga turut mendengarnya dan bersetuju dengan segala yang diberitahu oleh Puan Raihan tentang kehidupan. Saya rasa bertuah dan bersyukur kerana dapat mendengar segala sesi perkongsian yang begitu bermakna ini. Saya berasa tidak letih malah tidak bosan mendengar setiap bait kata-kata Puan Raihan dari awal sehinggalah ke penghujung. Saya akan sentiasa ingat tentang pesanan Puan Raihan agar sentiasa invest dalam ilmu kerana ia adalah aset terpenting dalam kehidupan, pembinaan akhlak serta pengawalan emosi. Kita disarankan agar sentiasa membaca buku-buku yang akan membentuk kualiti diri kita. Di samping itu, kita harus menjadi seorang yang mempunyai mentaliti growth mindset kerana ia adalah sesuatu yang akan membawa pulangan yang membahagiakan buat setiap individu. Kawalan emosi akan menghasilkan tindakan jadi kita perlu senantiasa berhati-hati dengan apa yang kita fikirkan dalam seharian. Perasaan bosan akan mengundang emosi yang negatif mengikut emotional spiral yang Puan Raihan telah kongsikan. Puan Raihan juga berpesan agar kami sentiasa berbakti dan memberikan manfaat kepada orang lain kerana ia adalah kepuasan dan kebahagiaan yang dicari-cari oleh setiap orang dalam hidup mereka. Gaya penyampaian seperti slide yang terang dan jelas juga amat menyeronokkan kerana ia kreatif dan mudah difahami oleh peserta secara online. Bahan mengajar yang lengkap dan inovatif ini sangatlah berkesan untuk kami fahami. Buat abang Farid pula, pentingnya kita untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti seperti Sultan Ahmad Al-Fateh yang bijaksana dalam taktik perang, mahir pelbagai bahasa dan mengatur strategi. Dari kecil ayahnya telah menanam impian kepada Sultan Al-Fateh bahawa anaknya pasti akan membuka Kota Konstantinopel atau lebih dikenali sebagai Istanbul pada masa kini. Ciri-ciri yang ada dalam diri Sultan Al-Fateh harus disemat dalam diri setiap orang. Abang Farid juga sentiasa melakukan senaman energizer agar kami sentiasa bersemangat untuk ke sesi yang seterusnya. Secara kesimpulannya, banyak ilmu serta input dalam kursus ini yang berguna buat kami semua terutamanya untuk menguasai jati diri. Saya berasa amat bersyukur kerana dipertemukan dengan insan-insan yang berhati mulia seperti Cikgu Jinggo, Puan Raihan dan abang Farid dalam kursus ini. Ia telah membuka mata saya untuk berusaha memperbaiki setiap kesilapan yang telah saya lakukan seperti mental block yang telah saya bina sejak kecil lagi. Semoga Allah merahmati segala usaha dan penat lelah semua penceramah motivasi kali ini. – Syaheerah Syazana Syalabiah Binti Salim

 

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Jati Diri Mahasiswa ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga!

Monday, July 26th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments