Kursus Imej Petugas Pameran JKM: Dari Imej ke Impak anjuran Jabatan Kebajikan Masyarakat Pada 7 Mei 2025. Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Imej Petugas Pameran JKM: Dari Imej ke Impak bersama warga kerja Jabatan Kebajikan Masyarakat pada 7 Mei 2025 bertempat di Aras 21, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga & Masyarakat Putrajaya.
Kursus Imej Petugas Pameran JKM: Dari Imej ke Impak : Bagaimana menjadikan pameran Jabatan berkesan dan berjiwa?
Pameran adalah titik sentuh langsung antara Jabatan dan rakyat. Petugas Pameran bukan sekadar penjaga booth, tetapi mereka adalah wajah dan suara Jabatan. Petugas Pameran juga adalah duta kecil Jabatan. Setiap layanan dan interaksi seorang petugas pameran mencerminkan profesionalisme Jabatan.

Terima kasih kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan Kursus Imej Petugas Pameran JKM: Dari Imej ke Impak ini. Tahniah kepada semua peserta di atas komitmen sepanjang kursus. Semoga bermanfaat kepada semua peserta dan keseluruhan organisasi, in sha Allah amin.
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Imej Petugas Pameran JKM: Dari Imej ke Impak ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.