Kursus Train The Trainer : Komunikasi Perniagaan | Kolej Komuniti Hulu Langat | 4 – 5 Julai 2019

Kursus Train The Trainer: Komunikasi Perniagaan.

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik oleh Kolej Komuniti Hulu Langat untuk mengendalikan Kursus Train The Trainer: Komunikasi Perniagaan pada 4-5 Julai 2019 yang lalu bertempat di Dewan Kuliah Ibnu Sina, Kolej Komuniti Hulu Langat.

Komunikasi Perniagaan

Dengan memiliki kemahiran komunikasi secara profesional (business communication), seorang usahawan akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada dalam diri dan syarikat mereka.

Komunikasi Perniagaan

Komunikasi Perniagaan

Komunikasi Perniagaan

Komunikasi Perniagaan

Kemahiran komunikasi akan membuatkan seorang usahawan berkeyakinan untuk menjual kepintarannya, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang usahawan yang disegani dan pemilik perniagaan yang mempunyai produk serta perkhidmatan yang berkualiti, seterusnya sentiasa kekal relevan dalam arus industri.

Komunikasi Perniagaan

Komunikasi Perniagaan

Selama dua hari berlangsung Kursus Train The Trainer: Komunikasi Perniagaan di Kolej Komuniti Hulu Langat, yang mengumpulkan peserta-peserta dari kalangan pensyarah. Selama dua hari ini juga mereka memberikan seluruh komitmen demi memperolehi ilmu untuk kemajuan diri dan bisnes mereka.

Komunikasi Perniagaan

Komunikasi Perniagaan

Komunikasi Perniagaan

Tim Perunding Imej Muslimah mengucapkan tahniah atas kegigihan para peserta atas semangat dan komitmen yang luar biasa walaupun kursus berlangsung hingga ke petang hari, bagi mempelajari 7 modul komunikasi bisnes profesional. Para peserta begitu tekun mengambil bahagian dalam proses pembelajaran yang penuh dengan aktiviti, latihan, simulasi, role play dan pembentangan.

Kami doakan semoga setiap peserta yang hadir dipermudahkan untuk mengaplikasikan setiap ilmu yang dikongsikan, dalam usaha memajukan diri dan melonjakkan perniagaan mereka, in sha Allah.

Tahniah kepada pihak penganjur atas usaha penganjuran kursus ini dan tahniah kepada semua peserta atas komitmen dan minat yang luar biasa untuk memantapkan pakej kemahiran dalam berkomunikasi  yang hebat dengan mempelajari ilmu etika berkomunikasi ini.

Terima kasih kepada penganjur di atas jemputan untuk kami mengendalikan Kursus Train The Trainer: Komunikasi Perniagaan ini. Semoga ilmu yang dikongsikan beroleh nilai yang tinggi dan bermanfaat dalam melonjakkan kerjaya dan profesion setiap peserta, dan memperolehi kejayaan yang cemerlang dalam kehidupan di dunia dan akhirat.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Train The Trainer: Komunikasi Perniagaan ini :

  1. Kursus yang menarik dan banyak aktiviti yang diberikan. Penceramah sangat attractive – Norazila Suboh – Pensyarah
  2. Cemerlang – Suzana binti Zainol Abidin – Pensyarah
  3. Semua berpengalaman dan mampu menyampaikan ceramah dengan berkesan – Sarimah binti Che Hassan – Pensyarah / Pegawai Keusahawanan
  4. Kompeten – Nor Syahidah Abdul Mutalib – Pensyarah
  5. Sangat bagus – Wan Noor Elyana binti Wan Mohamed- Pensyarah
  6. Baik – Siti Faizah binti Jamaluddin – Pensyarah
  7. Baik dan memuaskan hati – Nor Hidayah binti Ahmad Damanhuri
  8. Baik – Salmiah Mohd Salleh – Pensyarah
  9. Sangat memuaskan – Leong Ching Yee – PPP
  10. Secara keseluruhan saya suka kedua-dua penceramah – Hamizah binti Jaapar – Pensyarah

 

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Saturday, July 6th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments