Budi Bahasa

Awang Had Salleh menggariskan 10 perkara yang patut ada pada individu yang bersopan dan berbudi bahasa tinggi :

1. Menjaga dan memelihara rupa diri dan pakaian yang sopan.
2. Mengawasi suara dan tutur kata supaya tidak kasar atau angkuh.
2. Menunjuk sikap berbesar hati dan memuliakan tetamu.
3. Tidak menjatuhkan maruah orang lain menerusi tindakan.
4. Memelihara kebersihan di sekitarnya.
5. Memelihara dan mempertingkatkan estetika di sekitar tempat kerjanya.
6. Menyelami perasaan halus orang lain dan tidak mementingkan sangat perasaan hati sendiri.
7. Cekap menjalankan tugas kerana setiap kelalaian atau ketidakcekapan merupakan pertambahan kos dan waktu kepada orang ramai atau pelanggan mereka.
8. Memegang amanah terhadap maklumat yang diamanahkan orang kepada mereka, dan bersikap amanah pula dari segi waktu dan tempat bertugasnya dengan organisasinya setiap hari.
9. Memenuhi janji.

Menurut Za’ba, orang Melayu menganggap kepala sebagai bahagian yang sangat dimuliakan dalam anatomi manusia. Kepala diberikan nilai yang tinggi, sedangkan kaki dianggap paling rendah nilainya. Orang Melayu sentiasa menutup kepala mereka dengan tengkolok dan semutar bagi lelaki, dan selendang atau kain bagi wanita.
Apabila bersalaman dengan orang yang lebih tua atau lebih kanan dan kepala tidak bertutup, tangan kiri diletakkan di atas kepala yang tidak bertutup sebagai pernyataan ‘memohon maaf’ dan tanda hormat. Sehingga tahun 1950-an, masyarakat Melayu menganggap tidak baik atau tidak manis bagi seseorang yang berpakaian Melayu memasuki rumah untuk menemui orang terhormat tanpa memakai songkok dan selendang.

Sunday, February 23rd, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments