Bengkel Pengendalian Aduan Dan Perkhidmatan Pelanggan | Kolej Poly-Tech MARA | 7 – 8 September 2019

Bengkel Pengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan.

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Kolej Poly-Tech Mara cawangan Bangi untuk mengendalikan BengkelPengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan pada 7 hingga 8 September 2019, bertempat di Seroja 3, Tingkat 3, Tenera Hotel, Bangi. Seramai  33 orang peserta yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan pelanggan  berkumpul di sini selama 2 hari bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam ilmu dan kemahiran perkhidmatan pelanggan profesional.

Bengkel Pengendalian Aduan

Bengkel Pengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Bengkel Pengendalian Aduan

Bengkel Pengendalian Aduan

Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Bengkel Pengendalian Aduan

Bengkel Pengendalian Aduan

Bengkel Pengendalian Aduan

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Bengkel Pengendalian Aduan

Semoga Bengkel Pengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Pengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan ini :

  1. Penceramah the best ever! – Siti Nur Asiqin – Pembantu Penolong Pengarah
  2. Sangat membantu dalam meningkatkan serta membaiki dalam pengendalian dan perkhidmatan pelanggan. – Hirda Yanti – Penyelia Asrama
  3. Sangat bagus dan menyampaikan isi-isi penting dengan baik. Personaliti yang menarik, aura yang positif, dapat menjawab soalan dengan baik dan penerangan yang jelas disertakan. – Noor Farhana – Kerani
  4. Kursus ini sangat bagus dan membantu dalam pekerjaan saya.  – Nur Hanisah  – Kerani
  5. Terbaik. Kandungan yang disampaikan jelas dan terang. – Nur Syakila – Pembantu Perpustakaan
  6. Secara keseluruhan sangat berpuas hati, isi kandungan, penyampaian dan penceramah yang menarik. – Norazizan – Pustakawan
  7. Menarik, superb, awesome! – Mohd Sukry – Juruteknik Komputer
  8. Faham dan jelas dengan apa yang disampaikan. – Malinja – Kerani Tertinggi
  9. Kursus yang amat Menarik. – Aimmy – Kerani
  10. Terbaik…!!!! – Aadila – Pembantu Penolong Pengarah
  11. Menarik, responsif. – Nurhaslinda – Penolong Pengarah Kewangan
  12. Laras bahasa yang digunakan sesuai dengan kursus. – Syahira – Kerani
  13. Cara penyampaian yang baik dan berkesan. – Zuhaira Nazrin – Pembantu Perpustakaan
  14. Cara penyampaian yang baik serta amat difahami. – Alias – Pemandu
  15. Penyampaian yang jelas dan padat. – Mohd Ismawe – Juruteknik Kanan
  16. Terbaik. Selalu senyum dan cantik. – Ku Abdullah – Pembantu Perpustakaan
  17. Bagus, terbaik penerangan, kemas & cantik. – Siti Salwah – Pembantu Perpustakaan
  18. Sangat Baik. – Norzila – Kerani
  19. Sangat bagus. – Noraini – Kerani Kanan
  20. Bagus, banyak ilmu yang diperolehi. – Muhammad Shafiq – Juruteknik
  21. Baik dan memuaskan. – Nor Azizah – Kerani Kanan
  22. Baik. – Mohd Fazri – Operator Mesin

Anda berminat untuk mengadakan Bengkel Pengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, September 9th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments