Pada 5 – 6 November baru-baru ini telah berlangsung Bengkel Pemantapan Imej & Etiket Sosial bersama warga kerja Felcra Agro Industry dari seluruh Malaysia di Hotel Grand Seasons Kuala Lumpur.
Bengkel selama dua hari ini memberikan panduan dalam mengatur langkah membina reputasi dan kredibiliti diri bagi individu dan organisasi yang ingin memantapkan penampilan dan imej profesional diri dan organisasi.
Pengisian yang dikongsikan bukan sahaja bertujuan untuk membuatkan para peserta yang hadir lebih bijak bergaya dan berketrampilan, tetapi juga membantu para peserta meningkatkan tahap keyakinan diri dalam berurusan dengan pelanggan serta menyerlah karakter serta personaliti diri seterusnya melonjakkan imej profesional organisasi.
Keseluruhan ilmu dan tip yang telah dicurahkan kepada semua peserta yang hadir selama dua hari bengkel ini adalah berdasarkan ilmu dan maklumat terkini dan juga pengalaman penceramah yang luas selama berkecimpung dalam dunia imej dan penampilan diri dan organisasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada semua peserta yang hadir. Terima kasih kepada pihak penganjur yang sudi menjemput Tim kami dan kepercayaan yang diberikan untuk kami mengendalikan kursus ini. Tahniah dan terima kasih kepada semua peserta yang hadir dari seluruh Malaysia, atas komitmen yang luar biasa sepanjang kursus ini. Kami mendoakan setiap peserta yang hadir agar mampu memanfaatkan segala ilmu yang dicurahkan, dan sentiasa berjaya dan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan bengkel Pemantapan Imej Dan Etiket Sosial yang berlangsung pada 5-6 November ini :
- “Amat berpuas hati”. – Mohd Eswandi Bin Mohd Salleh
- “Ianya sangat baik dan berguna untuk kehidupan seharian”. – Khairul Naim Bin Razi.
- “Sangat baik”. – Muhamad Firdauz B. Muhamad Nor
- “Penceramah sangat berkeyakinan, mengkagumkan, berketerampilan, lucu, suara yang cukup jelas dan penerangan tentang topik sangat padat”. – Norsuryati Binti Dolbah
- “Penceramah sopan, lawak dan terbaik.” – Jeffery Bin Mahsen
- “Terbaik”. – Mohamad Helmi Bin Zainal
- “Sangat jelas dan dapat memberi kesedaran kepada saya bagaimana cara penampilan dan cara komunikasi yang betul”. – Intan Suhada Binti Bujang
- “Sangat memuaskan”. – Mohd Hafizan Bin Idris
- “Penceramah menerangkan dan memberi contoh yang menarik serta senang difahami”. – Nur Amiraa Binti Azis
- “Terbaik”. – Muhammad Haziq Bin Mohd Esrakh
- “Penceramah yang bijak menarik minat peserta dan sangat peramah. Puas hati”. – Nuranirah Binti Mohd Amin
- “Sangat berkesan”. – Hairi Bin Suradi
- “Penyampaian yang berkesan dan bagus”. – Roslinda Binti Kamaruzaman
- “Sangat bagus”. – Normey Binti Muda
- “Mudah difahami”. – Muhammad Hamizan Binti Rosli
- “Sangat peramah. Pembentangan senang difahami”. – Muhammad Aizat Bin Zainal
- “Penceramah sangat ramah”. – Sarina Binti Sulaiman
- “Bagus dan berkesan”. – Nur Jannah Binti Mohd Radzi
- “Amat memuaskan dan berpuas hati”. – Fairolaizmi Bin Husin
- “Terbaik untuk saya praktikkan dalam urusan bisnes dan sosial”. – Mohd Hafizull Bin Abdul Rasid.
- “Mudah difahami dan aktiviti pembelajaran yang menyeronokan”. – Rohani Binti Mohd Shopi
- “Penceramah sangat baik dan mesra”. – Bohari Bin Amat
Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa bengkel ini berlangsung :