Kalau mulut dipenuhi makanan, elakkan bercakap. Elakkan juga bercakap sambil mengunyah. Dalam sesuatu kumpulan, sebaiknya jangan semua orang bercakap serentak. Orang yang sedang makan hanya boleh mendengar. Orang yang hendak bercakap perlulah menghabiskan makanan di dalam mulutnya, sebelum bercakap.
Makan dengan tangan kiri merupakan penyelewengan sopan santun ketika makan. Menurut Za’ba, gelagat makan menggunakan tangan kidal tanpa alasan yang kukuh akan memalukan diri sendiri. Ini adalah kerana dalam masyarakat Melayu tangan kiri digunakan untuk membersihkan diri.