Kursus Perkhidmatan Kaunter & Komunikasi Pelanggan anjuran Jabatan Tanah & Survei Sarawak Pada 25 – 27 Mei 2022
Alhamdulillah dan bersyukur ke hadrat Ilahi kerana di atas keizinanNya, Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan untuk mengendalikan Kursus Perkhidmatan Kaunter & Komunikasi Pelanggan anjuran Jabatan Tanah & Survei Sarawak selama tiga hari bertempat di Hotel Fairfield By Marriot Bintulu Paragon, Sarawak. Kursus ini disertai oleh seramai 35 orang peserta dari Jabatan Tanah & Survei Sarawak seluruh daerah negeri Sarawak dan terdiri daripada pelbagai jawatan seperti Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tanah, Pembantu Tadbir, Penolong Juruukur, Pembantu Awam, Penolong Pegawai Tadbir, Pembantu Pentadbir Tanah, Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam), Penolong Pentadbir Tanah, Pegawai Khidmat Pelanggan dan Pembantu Tadbir (P/O).
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, penampilan dan tingkah-laku pekerja dan yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Objektif utama Kursus Perkhidmatan Kaunter & Komunikasi Pelanggan Berkesan anjuran Jabatan Tanah & Survei Sarawak ini adalah untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi. Kursus ini juga antaranya turut mendedahkan kepada para peserta tentang ilmu mengurus dan mengendalikan emosi diri serta bagaimana mengendalikan pelanggan yang mencabar.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama tiga hari ini ialah:
- Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
- Modul 2: Sikap Dan Psikologi Pelanggan Dan Jangkaan Pelanggan
- Modul 3: Strategi Perkhidmatan Pelanggan Dan Pelan Tindakan Berkesan
- Modul 4: Mengukur Tahap Penyampaian Perkhidmatan Pelanggan yang Berkesan
- Modul 5: Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan
- Modul 6: Sistem Dan Suasana Semasa Berurusan Dengan Pelanggan
- Modul 7: Memberi Tindakbalas Apabila Pelanggan Mengadu Dan Merungut
- Modul 8: Simulasi Study Case Berhadapan Dengan Pelanggan Yang Mencabar
Terima kasih kepada Jabatan Tanah & Survei Sarawak di atas peluang dan kepercayaan yang diberikan kepada Perunding Imej Malaysia untuk Kursus Perkhidmatan Kaunter & Komunikasi Pelanggan yang berlangsung selama tiga hari iaitu pada 25 – 27 Mei 2022bertempat di Hotel Fairfield By Marriot Bintulu Paragon, Sarawak.
Tahniah kepada semua peserta diatas penyertaan aktif dan komitmen yang hebat sepanjang kursus. Kami ucapkan selamat maju jaya dan kami mendoakan yang terbaik kepada semua peserta.
Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami dalam Kursus Perkhidmatan Kaunter & Komunikasi Pelanggan ini.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Kaunter & Komunikasi Pelanggan anjuran Jabatan Tanah & Survei Sarawak ini:
- Pada pendapat saya, penceramah mengendalikan kursus dengan cemerlang yang mana penyampai kursus mudah difahami dan berinfomatif – Muhammad Nurul Firdaus Bin Haji Ali – Pegawai Tadbir
- Penceramah mengendalikan program ini secara profesional dan membuat kita ingin mendengar dan terus mendengar dengan penuh tumpuan – Julia Anak Nyaran – Pembantu Tadbir
- Penceramah terbaik yang pernah ada – Margaret Anak Bulik – Pembantu Pentadbir Tanah
- Intipati yang disampaikan menepati keperluan jabatan untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kaunter – Olivia Egi Bt Johnson – Penolong Pegawai Tadbir
- Seorang penceramah yang berpengalaman, penerangan yang jelas dan sangat menarik minat untuk terus memberi perhatian – Ensimau Anak Jantai – Penolong Pegawai Tadbir
- Penceramah sangat mesra dan tidak membosankan kerana beliau sering menyelitkan perkara yang lucu sepanjang program berlangsung – Nurul Farina binti Mohd Faizul – Pembantu Pentadbir Tanah
- Penceramah menyampaikan idea dan contoh situasi dengan jelas – Diana Norie Anak Salang – Penolong Pegawai Tadbir
- Penyampaian idea yang efektif dan menarik minat peserta untuk lebih mendalami topik dengan lebih dalam – Shereen Anak Nyawai – Penolong Pegawai Tadbir
- Program senang difahami dan diguna pakai – Abang Farid Bin Abang Taha – Penolong Pegawai Tadbir
- Penceramah menyampaikan pengisian program dengan baik – Mohd. Noraizam Bin Othman – Penolong Pegawai Tadbir
- Peramah dan cara penyampaian ilmu adalah kreatif – Maureen Anak Jeffery – Pembantu Pentadbir Tanah
- Sangat baik dan saya ingin menyertai lagi kursus lain di masa hadapan – Annie Farerra Anak Lawrence Luta – Penolong Pegawai Tadbir
- Penceramah sangat jelas dalam menyampaikan ceramah dan mampu memberi semangat kepada setiap peserta – Norliza Binti Arbi – Pembantu Tadbir
- Penceramah menyampaikan kandungan program dengan jelas dan sangat difahami – Laura Vionna Anak Jana – Penolong Pegawai Tadbir
- Penceramah mengendalikan program dengan profesional – Suzita Binti Mohamad Jaya – Penolong Pegawai Tadbir
- Baik dan amat berkesan – Saidie Bin Haji Ludin – Pembantu Tadbir Bagus dalam cara
- Amat memuaskan – Mary anak Banyin – Pegawai Khidmat Pelanggan
- Sangat memuaskan – Sullang anak Kabot – Pembantu Tadbir Tanah
- Baik dan berkesan – Rasmi binti Sahari – Pelukis Pelan (Kejuruteraan Awam)
- Bagus – Adialiamri bin Matnor – Pembantu Awam
- Sangat baik – Muhammad Azizi Bin Salleh – Penolong Pegawai Tadbir
- Sangat baik & memuaskan – Nabila bt Afandi – Penolong Pegawai Tadbir
- Berpuas hati, sangat jelas – Rishima Binti Jamali – Pembantu Tadbir
- Baik dan memuaskan – Farah Afifah Binti Jeffrey – Penolong Pegawai Tadbir
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Kaunter & Komunikasi Pelanggan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci kursus ini berserta sebutharga.