Kursus Powerful Customer 1st Strategy Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan pada 28 – 30 Jun 2021.
Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Powerful Customer 1st Strategy selama tiga hari anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan. Terima kasih kepada pihak Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan kerana telah melantik Perunding Imej Malaysia sebagai penyedia latihan untuk Kursus Powerful Customer 1st Strategy ini. Kursus ini disampaikan dengan menggunakan platform online conferencing iaitu aplikasi Zoom dan XSplit Broadcaster Live Streaming. Peserta terdiri daripada 46 orang peserta yang terpilih daripada JPN seluruh daerah Negeri Sembilan. Mereka terdiri daripada Setiausaha Pejabat, Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Penolong Pegawai Pendaftaran dan Pembantu Pendaftaran Jabatan Pendaftaran Negara.
Kecemerlangan sesebuah organisasi banyak bergantung kepada sejauh mana penerimaan dan kepuasan yang diperolehi oleh pelanggan terhadap perkhidmatan yang disediakan. Pengurusan perkhidmatan pelanggan yang cekap dan baik meliputi keseluruhan aspek iaitu komunikasi, sistem dan suasana ketika berurusan, penampilan dan tingkah-laku pekerja dan yang akan memberikan gambaran yang positif terhadap imej dan reputasi organisasi. Melalui kursus ini para pekerja akan dapat mempertingkatkan lagi kecemerlangan perkhidmatan yang selaras dengan standard yang telah ditetapkan oleh organisasi.
Kursus ini bertujuan untuk memantapkan kemahiran para pekerja ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, meliputi aspek kemahiran dari segi komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, tatacara penampilan diri yang profesional dan kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta terkawal seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Kursus ini juga mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan dalam talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.
Antara perkara-perkara yang dipelajari oleh para peserta dalam kursus selama tiga hari ini ialah:
- Modul 1: Konsep Perkhidmatan Pelanggan Alaf 21
- Modul 2: Sikap dan Psikologi Pelanggan dan Jangkaan Pelanggan
- Modul 3: Personaliti & Profesionalisme
- Modul 4: Mengenali 4 Gaya Komunikasi Pelanggan
- Modul 5: Komunikasi Profesional Ketika Berurusan Dengan Pelanggan
- Modul 6: Pengurusan Emosi Berhadapan Dengan Pelanggan
- Modul 7: Tatacara Mengendalikan Panggilan Telefon Secara Berkesan
- Modul 8: Sistem dan Suasana Semasa Berurusan Dengan Pelanggan
- Modul 9: Memberi Tindakbalas Apabila Pelanggan Mengadu dan Merungut
Terima kasih kepada Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan di atas lantikan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan kursus ini. Alhamdulillah kami bersyukur di atas peluang ini dan sambutan serta maklum balas yang amat memberangsangkan daripada para peserta terhadap konten dan penyampaian kami selama tiga hari ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Powerful Customer 1st Strategy anjuran Jabatan Pendaftaran Negara Negeri Sembilan ini:
- Penceramah yang berpengalaman dan penyampaian yang mudah difahami serta program yang terbaik – Remli Rais Bin Ali Hassan – Pembantu Pendaftaran/KP22
- Alhamdulillah, semua intipati kursus ini sangat menepati peranan Jabatan kami yang mana kami berhadapan dengan orang ramai. Akan kami terapkan nilai-nilai murni ini dalam gerak kerja kami seharian. Terima kasih diucapkan – Syairul Khairi Bin Mahaod – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Secara keseluruhan program adalah sangat cemerlang – Mohd Nazrin Bin Razali – Pembantu Pendaftaran/KP22
- Penceramah memberi banyak maklumat dan sangat membantu untuk kami berhadapan dengan pelanggan – Adibah Binti Hamid – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Penceramah sangat ceria. Informasi dan isi sepanjang kursus sangat berguna. – Nurulain Binti Jaafar – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Penceramah menyampaikan maklumat dengan jelas dan bersemangat sepanjang program – Nur Azura Binti Yusrizal – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Saya berpuashati dengan isi kandungan program ini padat tepat dan menyeluruh – Nor Azizah Binti Othman – Pembantu Pendaftaran/KP22
- Penceramah dan program yang amat menarik serta amat bermanfaat – Zakiah Binti Kedai – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Penceramah yang sporting dan menyenangkan. Terbaik ???? – Siti Azura Binti Samsudin – Pembantu Pendaftaran/KP22
- Penceramah yang Ceria Dan Kelakar – Jamaliah Binti Musa – Pembantu Pendaftaran/KP22
- Penceramah yang mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang ini. Tahniah – Aida Binti Jaafar – Pembantu Tadbir/N22
- Cemerlang dan pengetahuan tinggi – Nurul Nurhuda Bt Mohd Nasir – Pembantu Tadbir N19
- Berilmu – Asruzien Zuraida Binti Asnan – Penolong Pegawai Pendaftaran/KP32
- Hebat – Nurkhairunnissa Binti Abd Razak – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Sangat bersemangat dan terbaik – Khairun Syafiqah Binti Kamarudin – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Bagus – Juridah Goh Kam – Penolong Pegawai Pendaftaran/KP29
- Bagus – Mohd Zaki Bin Hamzah – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Terbaik – Nor Azlin Binti Auzir – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Terbaik – Parthiban A/L Rajah – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Terbaik – Kavita Vartharajee – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Terbaik!! Tidak bosan – Norzarina Binti Zakariah – Pembantu Pendaftaran/KP19
- Alhamdulillah semuanya baik – Ernisucfiza Binti Adnan – Pembantu Pendaftaran KP19
- Terbaik – Atiqah Binti Deraman – Setiausaha Pejabat/N29
- Terbaik – Siti Hadjar Binti Mazlan – Pembantu Pendaftaran/KP22(Kup)
- Bagus – Mohd Hafiz Bin Zainudin – Penolong Pegawai Teknologi Maklumat/FA29
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Powerful Customer 1st Strategy ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!