Kursus Pengurusan Diplomasi Dengan Pelanggan Hospital Rehabilitasi Cheras | 7 November 2019

Kursus Pengurusan Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia  – Hospital Rehabilitasi Cheras | 7 November 2019

Kursus Pengurusan Diplomasi Dengan Pelanggan ini telah berlangsung pada 7 November 2019 di mana Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Hospital Rehabilitasi Cheras untuk mengendalikan kursus ini bertempat di Hospital Rehabilitasi Cheras.

Seramai hampir 33 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan Hospital Rehabilitasi Cheras berkumpul di sini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam perkhidmatan pelanggan.

 

Kursus Pengurusan Diplomasi Dengan Pelanggan diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

 

Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Semoga Kursus Pengurusan Diplomasi Dengan Pelanggan ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia ini :

1. Secara keseluruhan program ini sangat bernilai kepada diri saya – Idawaji

2. Amat berkesan dan berpuas hati – Mahadi

3. Memberi informasi yang berguna dan sangat membantu dalam cara berkomunikasi dengan pelanggan – Najwa

4. Penceramah menyampaikan/menerangkan topik dengan jelas – Norlailah

5. Penceramah mampu menarik minat & perhatian dengan gaya penyampaian beliau – Nurul Ajeerah

6. Penceramah menyampaikan ceramah yang jelas, mesra dan mudah difahami. Program bagus dan berkesan – Nurul Akma

7. Sangat bagus, sangat membantu – Ahmad Shalmizi

8. Penceramah berkomunikasi dengan baik, jelas dan terang – Noor Hidayah

9. Terbaik! – Noorhazura

10. Penceramah yang bagus dan mampu menerangkan topik dengan jelas – Nooraizie

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Diplomasi Dengan Pelanggan Perunding Imej Malaysia ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, November 8th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments