Kursus Protocol And Etiquette
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Institut Kepimpinan dan Pembangunan UITM (ILD) untuk mengendalikan Kursus Kursus Protocol And Etiquette For Leaders pada 11 hingga 12 September 2019, bertempat di Bilik Sarana 2, ILD Bandar Enstek. Para peserta terdiri daripada para pensyarah kanan, pensyarah-pensyarah dan pegawai-pegawai UITM yang datang daripada UITM seluruh Malaysia.
Keterampilan diri, kemahiran berkomunikasi, jalinan perhubungan, adab di meja makan, tatacara menghadiri majlis rasmi dan tidak rasmi adalah antara perkara-perkara yang berkaitan etiket sosial dan bisnes. Di dalam dunia pekerjaan hari ini, setiap individu perlu melengkapkan diri dengan ilmu berkaitan etika bukan sahaja untuk kelihatan hebat tetapi juga untuk menjadi individu yang dihormati dan disenangi.
Pada zaman kini, urusan perniagaan sering kali diadakan luar dari pejabat. Mesyuarat, temuduga dan sesi perkenalan selalunya diadakan di restoran ataupun ketika agenda makan malam rasmi. Setiap tahun, syarikat kehilangan kontrak berjuta-juta ringgit hanya kerana sekutu mereka, pekerja dan eksekutif korporat mereka tiada pengetahuan tentang adab ketika makan.
Adab meja makan yang profesional mewujudkan imej yang berkeyakinan, membuat tetamu merasa selesa dan membantu melancarkan perjalanan perbincangan urus niaga. Kursus ini mendedahkan peserta kepada aspek pengetahuan mengenai etiket khususnya tatacara dan etiket makan bermajlis. Program ini juga memberi penekanan terhadap kemahiran sosial agar dapat meningkatkan keyakinan diri semasa berinteraksi dengan orang ramai samada di majlis majlis formal dan tidak formal. Justeru membentuk personaliti yang unggul dan cemerlang dalam menjaga imej korporat serta peranan mereka dalam membina identiti profesional yang berkualiti sejajar dengan imej organisasi.
Kursus Protocol And Etiquette ini dirangka khusus untuk peserta program memperolehi perkara seperti berikut:
- Menggaris elemen protokol dalam persiapan jamuan majlis
- Meningkatkan keyakinan diri berinteraksi di majlis formal dan tidak formal dengan memberi pendedahan mengenai nilai-nilai penting yang menjadi asas tatakelakuan bersopan santun serta berbudi bahasa
- Menguasai kemahiran menggunakan utensil dan peralatan makan
- Memahami prinsip etika dan tertib di meja makan.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk kesemua peserta. Disini kami kongsikan antara pendapat peserta mengenai Kursus Protocol And Etiquette For Leaders ini :
- Penceramah very detailed and experienced. Program yang baik – Dr Fadzliyana Razuwan – Pensyarah Kanan
- Sangat bagus, clear explanation with examples – Sri Yusmawati Mohd Yunus – Pensyarah
- Sangat berpengetahuan dalam bidangnya – Rosnita Ja’afar – Timbalan Ketua Perpustakawan
- Penceramah sangat bagus dan best! – Rozana Bt. Abdul Karim – Pegawai Teknologi Maklumat Kanan
- Berpengalaman luas dan pandai mengendalikan setiap sesi dengan menarik – Suzie Mat Nurudin – Pensyarah
- Bagus and very intractive – Jamilah Othman – Pensyarah
- Penceramah memiliki ilmu dan pengalaman yang hebat untuk dikongsi – Mohd Syahril Ibrahim
- Program pengisian terbaik dengan penceramah mempunyai pengalaman dan ilmu yang boleh dikongsi – Tengku Zainal Fitri Tengku Mohd Fauzi – Penolong Bedahari Kanan
- Penceramah awesome! – Jeniwaty M. Judy – Pensyarah
- Knowledgeable dan menarik – Rahimah Binti Shahril – Pensyarah
- Sangat efektif dan membantu – Mohd Nur Fitri – Koordinator
- Good presenter – Noorezatty Mohd Yusop – Pensyarah Kanan
- Penceramah sangat berpengalaman dan berpengetahuan. Memberi ceramah sangat menarik dan mudah difahami – Rasidah Binti Buang – Pensyarah Kanan
- Profesional, mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang luas – Dr. Nadiah Diyana Tan Abdullah – Penyarah Kanan
- Bagus – Syarifah Nurfuaduz Zakiah Binti Kabib – Penolong Pendaftar Kanan
- Efektif dan profesional – Dr Wan Normila Mohamad – Koordinator / Pensyarah Kanan
- Baik dan memuaskan. Penceramah berkepakaran dalam bidang yang disampaikan – Azanizan Bin Ismail – Pegawai Tadbir
- Terbaik – Nor Fitrah Bt Mat Seman – Pustakawan Kanan
- Terbaik ! – Mujibu Abd Muis – Pensyarah
- Penyampaian yang menarik – Jamilah Mohd Mahyideen – Pensyarah
- Amat menarik – Yus Aznita Bt Ustadi – Kordinator Program Amizo
- Sesuai – Maznah Banu Bt. Mohamed – Pensyarah Kanan
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Protocol And Etiquette For Leaders ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.