Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam Siri 2
Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan untuk mengendalikan Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam selama dua hari pada 31 Julai – 01 Ogos 2019, bertempat di Bilik Kuliah Dahlia, Pusat Dakwah Islamiah Negeri Sembilan. Sekalung penghargaan kepada pihak Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam Siri 2 ini kepada 28 orang kakitangan Jabatan ini yang hadir dari seluruh Negeri Sembilan.
Kepada semua peserta dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan kursus ini, kami ucapkan jutaan terima kasih atas penyertaan dan komitmen anda yang hebat. Segala input yang diperolehi dalam Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam ini semoga bermanfaat kepada semua peserta yang hadir agar terus berjaya dengan cemerlang dalam kerjaya dan kehidupan. Keterampilan diri dan personaliti seorang pekerja yang menarik merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Reputasi pekerja akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi.
Personaliti yang profesional bagi seorang pekerja sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang. Dalam dunia profesional, personaliti adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang pekerja yang menggambarkan kompetensi dan karakternya semasa bekerja.
Keterampilan diri seorang pekerja juga menjadi kayu ukur ketika berurusan dengan pelanggan dan orang lain seperti pengurus, penyelia, rakan sekerja dan staf. Ini bermakna, personaliti diri pekerja yang baik bukan sahaja mewakili kredibiliti dirinya, malah melambangkan reputasi organisasinya. Program ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkapkan ketrampilan diri dan personalitinya. Program ini berbentuk diagnos di mana setiap peserta terlibat akan dinilai dan diperiksa akan keadaan imej semasanya. Kemudian, diberikan panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam meningkatkan imej dirinya.
Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam ini bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta yang hadir memahami konsep etiket sosial dengan baik, berupaya memahami serta mengamalkan tatacara berpakaian formal, semi-formal dan tidak formal mengikut kesesuaian tempat dan majlis, memahami serta mengamalkan adab-adab kesopanan ketika bersosial dan berupaya mempraktikkan kaedah-kaedah bersesuaian untuk tampil hebat dan memancarkan positive vibes ketika berurusan.
Selain daripada itu, objektif Kursus Keterampilan Hal Ehwal Islam ini adalah seperti berikut :
- Mengetahui kesan langsung keterampilan diri terhadap reputasi dirinya dan reputasi organisasi di mana beliau bekerja.
- Menyedari kesilapan-kesilapan dalam keterampilan diri yang boleh memusnahkan reputasi profesional diri dan organisasi.
- Mengenalpasti kod pakaian dalam penampilan (korporat, formal, semi formal dan tidak formal), mengikut masa, majlis dan tempat.
- Mengenalpasti gaya personaliti diri dan bagaimana meningkatkan gaya personaliti profesional.
- Mempraktikkan etiket sosial dan adab perhubungan di antara rakan sekerja, tetamu, pelanggan dan orang kenamaan, untuk lebih bertatatertib dan disenangi dalam pergaulan dan urusan kerja.
Imej adalah persepsi orang ramai terhadap siapa diri kita melalui apa jua bentuk komunikasi sama ada verbal dan non-verbal daripada diri kita. Menjaga dan menguruskan imej diri bererti, bagaimana kita sebagai seorang individu mampu dan bijak menguruskan pandangan orang ramai terhadap siapa diri kita secara positif. Menjaga dan menguruskan imej organisasi pula bererti, bagaimana kita sebagai kakitangan dan duta kepada organisasi kita mampu dan bijak menguruskan pandangan pelanggan dan orang ramai terhadap organisasi kita agar kekal dihormati dan diakui reputasi dan kredibiliti sebagai sebuah organisasi yang boleh dipercayai dan diharap. Penjagaan dan pengurusan imej diri merangkumi keseluruhan elemen penampilan, amalan penjagaan dan kebersihan diri, tingkah laku (di mana etiket, adab dan ketertiban diambil kira), juga cara kita berkomunikasi sama ada lisan atau bukan lisan.
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!