Perunding Imej Muslimah Dalam Rancangan Wanita Hari Ini TV3 Episod 10

Pada 13 Januari yang lalu, Tim Perunding Imej Muslimah telah dijemput bersiaran secara live di Rancangan Wanita Hari Ini Episod 10 bertajuk ‘Taknak Suami Cari Lain’.

Taknak Suami Cari Lain Wanita Hari Ini TV3
Puan Raihan Abdul Rahman Dalam Rancangan Wanita Hari Ini TV3 Episod 10 Januari 2017 | ‘Taknak Suami Cari Lain’

Perkongsian daripada Tim Perunding Imej Muslimah adalah bagaimana membawa imej profesional seorang isteri ke dalam rumahtangga. Ketelitian yang disebut oleh Islam dalam menjaga dan mengurus rumahtangga hanya boleh dilaksanakan oleh seorang isteri yang boleh melihat tugasnya sebagai profesional.

Konsep profesional dalam rumahtangga antaranya adalah isteri membawa konsep hospitaliti dengan layanan profesional dan kelas pertama terhadap suami dan anak-anak.

Seorang isteri yang  profesional dalam mengurus rumahtangga sudah tentu mengambil berat aspek penampilan ini dengan sebaik-baiknya, bukan sahaja waktu mula-mula atau di awal perkahwinan, tetapi juga pada waktu sudah lama berkahwin, tatkala usia lanjut, sudah mempunyai ramai anak dan sudah bercucu.

Bukan setakat teliti dan profesional dalam memperaga pakaian dan cara mempersembahkan diri di hadapan suami, malah teliti dan profesional dalam memberi layanan kepada suami termasuk cara menghidang makanan serta cara dan adab berkomunikasi dengan suami.

 

taknak suami cari lain rancangan wanita hari ini TV3 bersama perunding imej malaysia
Puan Raihan Abdul Rahman Dalam Rancangan Wanita Hari Ini TV3 Episod 10 Januari 2017 | ‘Taknak Suami Cari Lain’.

 

Antara perkara-perkara yang telah dikongsikan oleh kami ketika bersiaran adalah seperti berikut :

1.Isteri hendaklah sentiasa kekalkan sifat malu di hadapan suami.

‘Malu itu sesuatu yang sangat BERHARGA; ia adalah perhiasan di hadapan insan yang kita sayangi….’

“Di dalam syurga, terdapat bidadari-bidadari yang sopan, yang menundukkan pandangannya, tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni surga yang menjadi suami mereka) dan tidak pula oleh jin. Maka nikmat Rabb-mu yang manakah yang kamu dustakan? Seakan-akan biadadari itu permata yakut dan marjan.” (Qs. Ar-Rahman: 56-58)

Isteri berhias bila keluar rumah kerana ada sifat malu, malu bila orang lain melihat dirinya dalam keadaan tidak terurus. Begitu juga isteri akan berhias di hadapan suami walaupun di rumah sendiri, kerana malu apabila suami melihat dirinya dalam keadaan tidak cantik dan tidak terurus. Rasa malu ini bukan sahaja mendorong seorang isteri untuk berhias di hadapan suaminya, malah rasa malu juga akan mendorong isteri mempersembahkan komunikasi dan tingkahlaku yang menyejukkan dan menggembirakan hati suami.

Jika isteri dapat mengekalkan rasa malu, isteri juga akan dapat kekalkan personaliti yang menarik perhatian suami. Isteri akan dirindui bila jauh, dan akan disayangi bila dekat.

 

2. Koleksi pakaian yang perlu dipakai oleh isteri di rumah

3.Solekan dan dandanan isteri di rumah ketika menyambut suami

4. Adab dan komunikasi isteri bersama suami

 

Perkara-perkara 2-4 akan kami ulas lebih lanjut dalam artikel akan datang.

Di sini Tim kami ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan jutaan terima kasih kepada penerbit dan seluruh Tim Rancangan Wanita Hari ini yang sudi menjemput kami untuk berkongsi ilmu dengan penonton. Kami berharap ilmu yang sempat dikongsikan ini akan memberi banyak manfaat kepada wanita-wanita di luar sana terutama yang bergelar isteri dan yang akan mendirikan rumahtangga. Walaupun masa bersiaran agak terhad untuk kami kongsikan banyak tips dan ilmu lagi, in sha Allah kami sedia berkongsi dengan menulis artikel-artikel untuk mengupas tentang topik ini di dalam blog ini.

Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil semasa Tim kami bersiaran di Sri Pentas, TV3.

 

Tuesday, January 31st, 2017January 31, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *