Kursus Transformasi Perkhidmatan Pelanggan Profesional | Klinik An-Nisa’ Seksyen U5 | 27 April 2019

Kursus Transformasi Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik An-Nisa’

Kursus Transformasi Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik An-Nisa’ Seksyen U5 ini telah berlangsung selama satu hari  pada 27 April 2019. Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Klinik An-Nisa’ untuk mengendalikan kursus ini bertempat di Bilik Kuliah Tingkat 5, Ara Damansara Medical Center.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Seramai 11 orang peserta yang terdiri daripada doktor, pegawai dan staff dari klinik tersebut berkumpul di sini selama 1 hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam perkhidmatan pelanggan profesional.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

 

 

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Kursus Kursus Transformasi Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik An-Nisa’ ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

 

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Semoga kursus Kursus Transformasi Perkhidmatan Pelanggan Profesional ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Transformasi Perkhidmatan Pelanggan Profesional Klinik An-Nisa’ ini :

  1. Superb! – Dr. Norashikin Abd Rahman – Doktor
  2. Program yang sangat membina. Penceramah yang sangat happening – Zul Ain Bt A-Razak – Pembantu Klinik
  3. Sangat Jelas – Farah Abd Manan – Staf Nurse
  4. Penceramah sangat mesra dan sangat efektif – Zaidah Mat Jusoh – Staf Nurse
  5. Jelas – Shahrina Abu Bakar – Admin Executive
  6. Sangat bagus – Nur Zulaikha Ismail – Staf Nurse
  7. Sangat berpengalaman. Sangat Memuaskan – Nik Fazlina Binti Nik Lah – Pembantu Klinik
  8. Berpengalaman – Anis Amani Bt Nasaruddin – Pembantu Klinik
  9. Sangat membina – Siti Fatehah M. Nokin – Staf Nurse
  10. Faham dengan mudah – Nurul Aqmaliza Senin – Pembantu Klinik
  11. Sangat baik – Ayu Maslyanna Bt Mustafa – Pembantu Klinik

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Transformasi Perkhidmatan Pelanggan Profesional ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Sunday, April 28th, 2019
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments