Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional CIDB
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional CIDB ini telah berlangsung selama tiga hari iaitu pada 20 hingga 22 Julai 2018. Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengendalikan kursus ini bertempat di Hotel Sentral Seaview, Pulau Pinang.
Seramai 15 orang peserta yang terdiri daripada pegawai dan kakitangan CIDB berkumpul di sini selama 3 hari ini bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam perkhidmatan pelanggan profesional.
Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional CIDB ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.
Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.
Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.
Semoga Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional CIDB ini memberikan para peserta yang hadir semangat dan azam baru serta akan memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.
Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional CIDB ini :
- OMG… Can’t describe… To be honest it was unexpected and unpredictable. This kursus would be so much enjoyable and much knowledge that I gain! (Norazlinda Azizul Rahman, Pembantu Tadbir)
- Penceramah yang tidak membosankan setiap masa, bagus dalam menyampaikan kursus. Sentiasa terhibur sepanjang kursus. (Siti Radalina Abdul Rahim, Pembantu Tadbir)
- Menarik! (Norfahanin Suhaimi, Pembantu Tadbir)
- Penceramah yang ceria dan mudah fahami apa yang di tunjuk ajar (Rojainah Ismail, Pembantu Operasi)
- Penceramah seorang yang berpengalaman luas kerana dapat memberi penerangan dan contoh-contoh yang simple untuk difahami (Siti Zuriana Bt Nun)
- Ok, ceria, banyak idea yang disampaikan (Surainah Bt Rusli, Pegawai Tadbir)
- Cara penyampaian mudah difahami dan menambahkan lagi ilmu pengetahuan sebagai petugas ‘Customer Service’ (Siti Sollihah Ishak, Pembantu Tadbir)
- Sangat bagus (Ummul Hanisah, Pembantu Tadbir)
- Bersemangat, ilmu yang diberi sangat berguna (Siti Zatanabilah Bt Abu Saman, Pembantu Tadbir)
- Energetic dan menguasai audience! (Fauziah Bt Mohd Yusoff, Penolong Akauntan)
Anda berminat untuk mengadakan Kursus Perkhidmatan Pelanggan Profesional CIDB ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!