Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan Sesi 2 PERKESO | 15 – 17 Oktober 2019

Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 2

Tim Perunding Imej Malaysia telah dilantik sebagai penyedia khidmat latihan oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial  untuk mengendalikan Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 2 pada 15 hingga 17 Oktober 2019, bertempat di The Regency Hotel, Kuala Lumpur. Seramai 61 orang peserta kumpulan kedua yang terdiri daripada pegawai perkhidmatan pelanggan Perkeso dari seluruh Malaysia berkumpul di sini selama 3 hari 2 malam bagi mendapatkan ilmu dan teknik terbaru dalam ilmu dan kemahiran perkhidmatan pelanggan profesional.

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 2 ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan aduan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan imej dan ketrampilan diri yang profesional, etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Semoga Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan PERKESO Sesi 2 ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Pemantapan Petugas Barisan Hadapan

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Bengkel Pengendalian Aduan dan Perkhidmatan Pelanggan ini :

  1. Penyampaian yang diberikan terang, jelas, sangat berkesan dan boleh mengubah, memberi inspirasi kepada saya untuk lebih bersemangat memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan – Dayang – Kerani Kanan
  2. Penceramah sangat profesional, yakin, bersemangat dan ikhlas, manis dan sedap mata memandang – Vendy – Pegawai Kerani
  3. Penceramah ada gaya tarikan dengan menampilkan imej yang anggun dan korporat. Ilmu pengetahuan yang luas, komunikasi yang jelas dan pergerakan yang aktif – Haslina – Pegawai Kerani
  4. Penceramah sangat produktif dalam menyampaikan ceramah yang diberikan. Pengisian yang disampaikan sangat tepat dan padat – Puteri Nabilah – Pegawai Kerani Sambilan
  5. Sangat positif, bersemangat, berpengetahuan luas,sangat friendly, tidak boring, ceria – Siti Noor Hanisa – Pegawai Eksekutif
  6. Kursus yang menarik dan berkesan bagi petugas barisan hadapan – Zanariah – Pegawai Eksekutif
  7. Penceramah mampu menarik minat dan perhatian dengan gaya penyampaian beliau – Raja Rosmayura – Pegawai Kerani Sambilan
  8. Penceramah sangat mesra dan menyampaikan topik dengan gaya santai dan menarik serta berkesan – Mohd Hafis – Kerani
  9. Penceramah yang cemerlang. Puan Raihan tahniah! – Kenneth – Pegawai Kerani
  10. Seorang penceramah yang penuh dengan ilmu pengetahuan berkaitan cara kita berkomunikasi dengan pelanggan – Nurzulhijah – Pegawai Kerani
  11. Penceramah dapat berkomunikasi dengan peserta dengan baik dan menarik – Nor Azratul – Kerani
  12. Penceramah paling baik memberi ceramah – Netty – Pegawai Kerani
  13. Penceramah hebat dan memberi input yang terbaik – Surentharan – Pembantu Operasi
  14. Penceramah manis dan tak jemu dipandang – Fuziana – Pegawai Kerani
  15. Sangat berpengalaman dan program memuaskan – Ummi – Kerani
  16. Seorang penceramah yang penuh dengan ilmu pengetahuan berkaitan cara kita berkomunikasi dengan pelanggan – Nurzulhijah – Pegawai Kerani
  17. Terbaik – Intan Suraya
  18. Terbaik – Mohamad Ridwandi – Pegawai Kerani
  19. Well done keep it up – Henika – Pegawai Kerani
  20. Sangat professional – Rabidah – Pegawai Kerani
  21. Sangat terbaik – Suzzliyaairene – Pegawai Kerani
  22. Terbaik – Sallehhudin – Pegawai Kerani
  23. Sangat cemerlang, terus maju jaya – Gilbert – Kerani
  24. Sangat memuaskan – Ushamary – Kerani Sambilan
  25. Terbaik dari segi penceramah dan program – Wahidah
  26. Berjaya – Ramlah – Kerani
  27. Keseluruhan baik – Samzurinah – Pegawai Eksekutif
  28. Terbaik dan seronok – Noor Fadzilah – Pegawai Kerani
  29. Sangat baik dan konsisten dalam memberi maklumat – Razma – Kerani
  30. Sangat menarik dan professional – Syed Fadzly – Pegawai Kerani
  31. Cara penyampaian penceramah adalah efektif – Raymond – Pegawai Kerani
  32. Penceramah baik dan peramah – Adam – Pegawai Kerani
  33. Sangat baik – Mala – G14
  34. Penceramah semua berpengalamann dan keseluruhanya capai matlamat – Azizi – Pegawai Eksekutif
  35. Mesra, peramah – Rudran -Kerani
  36. Sangat bagus dan memberikan impak yang baik kepada peserta – Basriah – Pegawai Kerani
  37. Bagus – Norsuhana – Pegawai Kerani
  38. Sangat baik – Sivaneswan – Kerani
  39. Ceria, berpengetahuan dan tidak bosan – Zamzaiha – Perkhidmatan Pelanggan
  40. Overall program yang sesuai untuk ‘frontliner office’ – Mohaneswari – Pegawai Kerani

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pemantapan Petugas Barisan Hadapan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Friday, October 18th, 2019October 18, 2019

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.