Kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan | JKKP | 8 November 2017

Kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan ini telah berlangsung pada 8 November 2017. Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Jabatan Keselamatan Dan Kesihatan Pekerjaan Selangor untuk mengendalikan ini bertempat di Bilik Mesyuarat Utama, JKKP Selangor. Kursus ini dihadiri oleh pegawai dan kakitangan daripada bahagian pentadbiran dan teknikal yang rutinnya sentiasa berurusan dengan pelbagai jenis pelanggan daripada pelbagai industri pekerjaan.

Kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan ini memberikan teknik dan tips bagaimana berhadapan dan mengendalikan pelanggan yang mencabar. Pengendalian aduan bermakna berurusan dengan pelanggan yang tidak berpuashati. Manusia yang tidak berpuashati selalunya bersikap mengikut emosi. Mereka bukanlah robot dan tingkahlaku mereka tidak boleh dijangkakan. Aduan dan rungutan daripada pelanggan boleh berlaku hampir setiap hari. Oleh itu, mengetahui bagaimana cara dan teknik menerima dan menyelesaikan setiap aduan pelanggan dengan cara yang betul sangat penting bagi mengelakkan berlakunya konflik dan stres bagi kedua-dua pihak iaitu kakitangan dan pelanggan.

Perkhidmatan pelanggan termasuk membina dan memastikan hubungan baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Petugas barisan hadapan merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta sebenar kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan berhadapan dan mengendalikan aduan serta rungutan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan

Kursus ini diadakan bertujuan untuk memantapkan kemahiran para peserta ketika berhadapan dan berurusan dengan pelanggan, terutamanya pelanggan yang mengadu dan mencabar, meliputi aspek kemahiran dalam mempamerkan etiket dan tingkah laku yang menyenangkan serta kemahiran komunikasi yang mantap dan berkeyakinan, seterusnya akan meningkatkan persepsi positif pelanggan terhadap imej dan reputasi organisasi.

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan ini :

  1. “Pada pendapat saya, penceramah memberikan penjelasan dan pemahaman yang sangat baik semasa program dijalankan”. – Mohd Faizal (Pen. Pemeriksa Kilang & Jentera)
  2. “Program yang memuaskan. Gaya penyampaian penceramah di dalam kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan ini juga sangat efektif”. – Kairul Amilin Ibrahim (Pen. Pemeriksa Kilang & Jentera)
  3. “Penceramah menggunakan cara penyampaian dengan pendekatan yang mudah”. – Muhd Nur Kamil (Pen. Pemeriksa Kilang & Jentera)
  4. “Kursus yang diadakan ini mudah difahami, menarik, dan berguna untuk saya”. – Mohd Yunus Bin Zakaria
  5. “Penceramah kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan ini sangat berpengetahuan”.
  6. “Pada pendapat saya, kursus ini baik dan sangat memuaskan”. – Ahmad Shairadzi (Pemeriksa Kilang & Jentera)
  7. “Kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan yang dijalankan ini sangat bagus!” – Nor Adnin
  8. “Penceramah memberikan bantuan kepada peserta dan komitmen yang baik sepanjang sesi kursus berlangsung”. – Azizul Hisyam (Pen. Pemeriksa Kilang & Jentera)
  9. “Penceramah mampu menarik minat pendengar”. – Nor Idayu Hassan (Pen. Pemeriksa)
  10. “Penyampaian maklumat yang diberikan oleh penceramah kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan ini sangat efektif”. – Nor’Azmah Sulaiman
  11. “Kursus Mengendali Aduan & Rungutan Pelanggan ini amat memuaskan!” – Mohd Hamzaid

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Tuesday, November 14th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments