Apakah pengalaman orang lain ketika bertemu dan berurusan dengan kita? Pengalaman itulah yang menghasilkan perasaan yang kekal dalam memori orang lain terhadap imej kita. Sekiranya secara konsisten ramai orang mempunyai pengalaman yang membuahkan perasaan yang sama ketika bertemu dan berurusan dengan kita maka itulah imej diri kita. Ketika kita berurusan dengan orang lain, sebenarnya kita sedang menjual satu bentuk pengalaman kepada orang tersebut, samaada kita menjual pengalaman positif atau pengalaman negatif. Apa jua bentuk pengalaman pertemuan dan urusan itu, ia akan menjadi buah mulut tentang imej kita.
Bagaimanakah pengalaman orang yang berurusan dengan kita itu boleh menjadi pengalaman positif atau negatif yang seterusnya meninggalkan perasaan yang baik atau tidak di dalam hatinya tentang imej kita?
Ia disumbangkan oleh ABC kita, iaitu Appearance (Penampilan), Behaviour (Tingkah Laku) dan Communication (Komunikasi). ABC kita ketika pertemuan dan urusan tersebutlah yang akan menentukan apakah bentuk pengalaman yang akan kita berikan kepada orang lain. ABC ini juga yang menyumbang kepada jenis perasaan yang kita tinggalkan di hati orang yang bertemu kita itu, dan ABC ini juga akan menjadi salah satu ciri penting dalam jenama diri kita, seterusnya menyumbang kepada jenama organisasi di mana kita bekerja atau jenama perniagaan kita sekiranya kita mengusahakan perniagaan.
Kita tidak akan mampu untuk memberhentikan orang lain dari menilai diri kita, kerana manusia sentiasa menilai dalam sedar atau tidak. Manusia mempunyai hati, akal dan fikiran yang akan merakam ABC yang kita tonjolkan semasa pertemuan dan tempoh berurusan. Segala rakaman itu juga akan tersimpul kemas dalam fikiran sedar dan separa sedar orang yang kita temui, dan setiap kali pertemuan akan semakin kukuh simpulan memori berkenaan imej diri kita itu.
Manusia mungkin boleh terlupa apa yang pernah kita ucapkan kepadanya, tetapi ramai manusia yang tidak boleh lupa apakah perasaan yang kita buat dia merasa! Kajian menunjukkan ramai orang akan ingat apakah perasaan yang kita berikan kepadanya pada pertemuan kali pertama terutamanya.
‘First impression never come twice’!
Perasaan ini disumbangkan oleh ABC kita. ABC ini adalah satu pakej yang lengkap untuk membentuk sebuah perasaan tentang imej kita. Bagaimana kita berpakaian atau mempersembahkan diri kita ketika pertemuan dan berurusan, bagaimanakah adab dan tingkah-laku kita sepanjang pertemuan tersebut, dan apakah jenis komunikasi yang kita lontarkan. Inilah tiga perkara yang menjadi asas kepada kewujudan imej diri kita.
Ketrampilan diri dan personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada seseorang. Reputasi dan karisma diri akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaan fizikal seseorang. Kursus ini akan memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya.
Pada 11 Oktober 2017, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengendalikan Kursus Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional. Kursus ini dijalankan bertujuan untuk meningkatkan imej profesional organisasi dengan membantu para peserta memantapkan tatacara penampilan diri secara profesional.
Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional ini :
- “Kursus Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional ini bagus dan berinformasi tinggi”. – Iskandar Chin (Juruaudit Visual, KKM)
- “Program yang berilmu dan sangat membantu dari segi pemahaman psikologi manusia dalam urusan seharian.” – Nadia Amirudin (Pegawai Pendidikan Kesihatan, KKM)
- “Kursus Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional ini sangat menarik ‘and useful”. – R.Salwa R.Ahmad (Pembantu Pustakawan, KKM)
- “Cara penyampaian penceramah kursus ini sangat jelas”. – Nolisham Jalil (Pembantu Tadbir, KKM)
- “Kursus Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional yang sangat menarik dan berilmu!” – Illahazne Abdul Halim (Pegawai Penerangan, KKM)
- “Penceramah sangat sporting dan cara beliau berinteraksi dengan peserta sangat bagus. Penyampaian juga sangat jelas dan mudah untuk difahami. Good Job!” – Juliana Mohamed Salleh (Pembantu Tadbir, Bhg. Pendidikan Kesihatan)
- “Kursus yang bagus!” – Nurul Husna Idris (Pegawai Penerangan, KKM)
- “Pada pendapat saya, penceramah Kursus Ketrampilan Diri & Personaliti Profesional ini sangat berpengetahuan dan bijak dalam menyampaikan topik ini”. – Rosyanti Atan (Pembantu Operasi, KKM)
- “Program ini amat sesuai bagi kakitangan Kerajaan dan Swasta supaya dapat menjaga penampilan diri. Penceramah juga dapat memberi ceramah dengan baik”. – Mohammad Ezwandi Mohammad Radzi (Jurufotografi, KKM)
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!