Kursus Ketrampilan Diri Penjawat Awam | Arkib Negara Malaysia | 9 Mac 2017

Pada 9 Mac yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan Kursus Ketrampilan Diri bersama para penjawat awam daripada  Arkib Negara di Memorial Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur.

Kursus ini memberikan pendedahan kepada penjawat awam berkaitan ‘dress code’ atau etika berpakaian mengikut waktu, acara, tempat dan urusan. Dress code yang diterangkan termasuklah teknik pemilihan kemeja,warna kemeja dan tali leher serta kombinasi warna pakaian, jenis tali pinggang, jenis dan warna tali leher, jenis seluar, jenis stokin dan kasut, beg dan aksesori.

Bagi wanita pula penerangan yang dijelaskan adalah berkaitan pemilihan jenis baju kurung, three piece & two piece skirts and pants suit, jenis tudung, fabrik, corak dan potongan, saiz aksesori, peraturan pemakaian aksesori, pemilihan warna mengikut mesej dan urusan, konsep mekap dan hijab, pemilihan jenis beg tangan, jam tangan, stokin dan kasut.

Kami turut memberikan kemahiran bagaimana menentukan bentuk dan rangka tubuh kepada para peserta, agar setiap peserta yang hadir ini tidak lagi membuang masa dan wang membeli pakaian yang tidak sesuai dengan bentuk dan rangka tubuh mereka. Setelah para peserta mengetahui apakah bentuk dan rangka tubuh mereka melalui teknik yang kami kongikan, kami telah mendedahkan teknik berpakaian yang tepat mengikut setiap bentuk tubuh para peserta.

Para peserta juga ditunjukkan teknik dan cara memadankan warna dan corak untuk kelihatan sofistikated dan elegan ke pejabat.

Pada sesi petang terdapat slot demonstrasi dan praktikal aplikasi mekap ‘simple’ ke pejabat, konsep pemakaian mekap dan panduan rutin penjagaan harian kulit wajah. Para peserta lelaki pula melakukan aktiviti demonstrasi dan aplikasi ikatan tali leher di samping penerangan secara terperinci tentang teknik pemakaian suit dan kemeja.

Alhamdulillah, para peserta menunjukkan minat yang mendalam dan berpuashati dengan segala ilmu yang dikongsikan semasa kursus ini. Kami mengucapkan selamat maju jaya kepada setiap peserta dan semoga ilmu yang dikongsikan dapat diaplikasikan dan menjadi motivasi untuk melangkah lebih maju dan hebat dalam kerjaya serta kehidupan peribadi.

Kami kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil semasa kursus.

Monday, March 20th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments