Berlangsung Kursus Imej Dan Etika Kakitangan Barisan Hadapan Siri 2 bersama Kumpulan ke 2 Kakitangan Utusan Melayu (M) Berhad pada 6 Oktober 2016.
Imej diri dan imej organisasi yang hebat tidak berlaku begitu sahaja. Ia memerlukan ilmu, usaha, kerja keras dan komitmen untuk mencapai sebuah imej dan reputasi.
Penampilan adalah perkara pertama yang dilihat, dan ia juga yang pertama dinilai. Tanggapan pertama ini juga yang biasanya kekal lama. Memilih imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan organisasi kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi tempat kita bekerja.
Kita dapat mencapai imej terbaik apabila kita memahami asas bernampilan, mengenali fizikal diri kita sendiri, memahami tema majlis, acara dan waktu, dan jelas mengenai status kerjaya, organisasi dan peribadi kita.
Manfaatkan penampilan dan pakaian sebagai cara kita merangsang semangat dan membina keyakinan diri kita sendiri. Pakaian adalah alat manipulasi paling hebat yang mampu menonjolkan kewibawaan dan kredibiliti diri, bila kita ada ilmu dan kemahirannya.
Pakaian juga mampu menjatuhkan kredibiliti diri dalam masa yang singkat. Pakaian yang mahal tiada nilai bila dipakai pada waktu dan urusan yang salah. Pakaian yang biasa-biasa akan nampak si pemakainya kelihatan mahal bila dipakai pada waktu dan urusan yang tepat.
Kajian menunjukkan penampilan luaran mampu mempengaruhi keadaan mental kita dan cara kita berfikir. Dengan penampilan yang kemas dan rapi, fikiran kita juga akan turut menjadi kemas dan rapi.
Penampilan kita bukan hanya akan mempengaruhi cara kita berfikir tentang diri kita sendiri, tetapi ia juga akan mempengaruhi persepsi orang lain terhadap diri kita. Orang lain akan percaya apa yang dilihat oleh mereka. Persepsi mereka terhadap imej diri kita akan membentuk kesimpulan mereka terhadap diri kita seterusnya mempengaruhi tindakan mereka.
Kami kongsikan gambar-gambar semasa program berlangsung :