Finishing School Programme | Aswara | 17 November 2017

“Jika kamu boleh, jadilah yang pertama. Jika tidak boleh jadi yang pertama, cipta satu kategori di mana kamu boleh jadi yang pertama.”~Al Ries and Jack Trout, The 22 Immutable Laws of Marketing~

Penjenamaan tidak lagi hanya untuk syarikat dan perniagaan sahaja. Penjenamaan atau ‘personal brand’ juga adalah untuk pencari kerja dan individu yang ingin menonjolkan diri bagi tujuan mempromosi nilai-nilai, prinsip perjuangan, servis dan ilmu yang baik.

Finishing School Programme

Penjenamaan diri adalah berkaitan membuatkan orang lain dan masyarakat sedar kewujudan diri kita yang berbeza dan lebih baik daripada pesaing kita atau daripada  calon-calon yang lain. Penjenamaan diri yang bijak membantu meninggalkan gambaran jelas tentang diri kita yang akan sentiasa diingati oleh majikan dan pelanggan. Di barat pada zaman ini, antara jenama manusia yang diingati adalah seperti, Oprah, Barrack Obama, Martha Stewart dan J.K. Rowling. Artis-artis juga sentiasa menjenamakan diri, contohnya seperti Madonna yang sentiasa menjenamakan semula atau mencipta brand dirinya semula setiap beberapa tahun.

Pada 17 November yang lalu, Tim Perunding Imej Malaysia diberi amanah oleh pihak ASWARA untuk mengendalikan Finishing School Programme.

Finishing School Programme

Kursus ini memberi pendedahan bagaimana menjenamakan diri anda sebagai seorang yang hanya satu dalam sejuta, yang cemerlang dan berbakat, dan mempunyai pakej yang tersendiri, luaran dan dalaman. ‘MASTER YOUR PERSONAL BRAND’ ini ialah proses di mana mengetengahkan peribadi diri menjadi profesional.

Setiap syarikat yang berpotensi menjadi majikan anda di luar sana patut tahu apa kelebihan anda dan bagaimana anda berbeza daripada orang lain.

Kita tidak perlu menjadi semuanya kepada semua orang. Tetapi kita perlu menjadi berbeza, diingati, dan cemerlang sekurang-kurangnya di dalam satu bidang yang kita ceburi. Di luar sana ramai pelajar seni yang berbakat dan hebat di dalam pelbagai bidang. Kerana itu semasa anda ingin memohon untuk sesuatu kerja atau jawatan, pilihlah  apa keunikan dan kemampuan terhebat anda dan tonjolkan kepada majikan. Tonjolkan yang anda bukan seorang artis atau graduan seni yang biasa-biasa.

Finishing School Programme

Wujudkan senjata X !

Anda perlu mempunyai sekurang-kurangnya satu kelebihan dan kepakaran yang cemerlang dan melebihi calon lain, sesuatu yang akan membuat anda menonjol daripada orang yang lain. Jadilah berbeza !

“Bagaimana boleh saya tahu apakah kelebihan dan keunikan diri saya?”

Pakar konsultan yang paling hebat pun tidak mampu menolong anda dengan soalan ini, kerana untuk menyedari kekuatan anda, satu-satunya orang terbaik yang tahu tentang diri anda ialah anda sendiri. Anda perlu mengambil sedikit masa, duduk dan menganalisa serta memikirkan apakah kelebihan, minat, nilai diri dan kualiti terbaik yang anda miliki dan tuliskannya.

Finishing School Programme

Bagaimana untuk menghasilkannya?

Anda boleh menulis senarai kualiti dan nilai terbaik diri anda apabila membayangkan penemuduga  bertanya anda soalan sebegini:

Mengapa harus kami mengupah anda?

Sediakan senarai jawapan kepada soalan ini. Sekiranya dalam proses menyenaraikan jawapan ini, anda buntu dan tidak pasti, bermaksud inilah masanya untuk anda ‘target’ atau wujudkan satu kelebihan dan kepakaran dalam diri anda. Letakkan matlamat yang jelas. Pastikan apa nilai dan kualiti atau ‘x factor’ diri anda, yang unik serta berbeza daripada orang lain, yang majikan dan pelanggan akan rasa berbaloi dan beruntung untuk mengupah anda.

Finishing School Programme

Tiada siapa yang boleh merampas bakat dan kebolehan yang ada dalam diri anda. Namun orang berbakat yang boleh menempa nama dalam industri adalah orang yang bukan sekadar bersandar pada bakat semata-mata. Mereka mempunyai disiplin yang tinggi dalam mencipta branding diri secara profesional sebagai anak seni yang menjadikan diri mereka unik dan berbeza serta maju ke hadapan.

Finishing School Programme

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Finishing School Programme ini:

  1.  “Gaya penyampaian penceramah Finishing School Programme ini bagus!” – Mohd Azlan Mohd Som
  2. “Pada pendapat saya, program ini terbaik!” – Malvine Marcus
  3. “Finishing School Programme yang sangat bagus”. – Kang Siew Lie
  4. “Penyampaian penceramah sangat menarik”. – Nur Izzati Nokman
  5. “Pada pendapat saya, Finishing School Programme ini sangat bagus”. – Emanual Adrian

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, November 23rd, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments