Pada 18 Ogos yang lalu, dengan kerjasama Rich Learning Sdn Bhd, saya berpeluang berkongsi ilmu mengenai aplikasi etiket sosial dalam majlis dan di tempat kerja, bersama kakitangan-kakitangan SME Corporation.
Antara etiket sosial yang perlu diketahui adalah cara memberi salam, cara bersalam, cara memperkenalkan diri dan cara memperkenalkan orang lain mengikut keutamaan, panggilan hormat, ruang dan jarak peribadi ketika berurusan, mimik muka dan pandangan mata, cara berjalan, cara berdiri, cara duduk di atas kerusi dan di atas lantai, pergerakan tangan dan kaki, serta etiket berpakaian dan ‘dress code’ di dalam majlis dan di tempat kerja.
Saya turut kongsikan bagaimana etiket dalam membuat dan menerima panggilan telefon, etiket berkomunikasi melalui emel, etiket ketika bermesyuarat, etiket ketika memuji dan menerima pujian, etiket ketika membuat kritikan dan etiket menerima kritikan, isu-isu yang perlu dielakkan dalam perbualan sosial, privasi di tempat kerja dan ketepatan masa dalam berurusan.
Peserta mempelajari modul-modul yang disampaikan melalui aktiviti demonstrasi aplikasi etiket sosial di dalam majlis dan di tempat kerja. Alhamdulillah para peserta mengambil bahagian secara aktif dalam aktiviti pembelajaran sama ada secara individu dan berkumpulan.