Etika Berkomunikasi Dengan Pihak Atasan | 5-6 Julai 2014 | Kolej Poly-Tech Mara

Cara seorang kakitangan berkomunikasi dengan pihak atasan merupakan salah satu kunci penyumbang kejayaan dalam kariernya. Ini adalah kerana pihak atasan merupakan antara pihak yang akan menentukan dalam mempromosikan diri kakitangan tersebut ke jawatan atau kedudukan yang lebih tinggi. Pada zaman ini kejayaan seseorang bukan lagi bergantung sepenuhnya kepada ilmu dan kemahiran serta kelulusan yang dimilikinya, tetapi kejayaan seseorang dalam kariernya banyak disumbangkan oleh pakej diri yang merangkumi cara membawa diri, mempraktikkan etiket yang betul dan profesional serta bijak  berkomunikasi sesama rakan sekerja, orang atasan dan pelanggan.

Seorang kakitangan yang bijak seharusnya menggunakan setiap ruang dan peluang yang ada untuk menonjolkan komunikasi yang mantap untuk menaikkan reputasi diri seterusnya mampu melonjakkan kerjayanya ke tahap yang tertinggi. Pada asasnya, bentuk komunikasi dengan pihak atasan adalah merangkumi proses mendengar, memahami, melaksanakan arahan dan melaporkan hasil kerja.

Etika berkomunikasi adalah tatacara pergaulan bertujuan untuk menjaga kepentingan komunikator dalam komunikasi agar kesemua pihak merasa senang, tenang, harmoni, dilindungi dan dipelihara maruah tanpa ada pihak yang dirugikan kepentingannya. Perbuatan yang dilakukan juga sesuai dengan adat kebiasaan yang berlaku serta tidak bertentangan dengan hak asasi manusia secara umum.

Pada 5-6 Julai yang lepas, saya telah bersama-sama 40 orang warga kerja KPTM di ibu pejabat KPTM dalam Kursus Etika Berkomunikasi Dengan Pihak Atasan. Sebanyak 7 modul yang dikongsikan selama 2 hari kursus, antaranya menyentuh konsep etika komunikasi dan etiket berkomunikasi, teori dan demonstrasi 14 adab dan etiket berkomunikasi dengan pihak atasan, laras bahasa dan skrip berkomunikasi dengan pihak atasan, kemahiran dalam adab bahasa tubuh, mengenali gaya komunikasi orang atasan, nada dan gaya suara ketika berkomunikasi dengan pihak atasan serta teknik berkomunikasi menggunakan NLP.

Alhamdulillah, walaupun kursus berlangsung dalam keadaan berpuasa dalam Ramadhan, berterusan dari pagi hingga ke petang dan hanya berhenti solat zohor para peserta kelihatan cukup bertenaga memberikan tumpuan dan mengambil bahagian dalam setiap aktiviti pembelajaran.

Antara gambar-gambar yang diambil semasa kursus berlangsung;

Etika Berkomunikasi Dengan Pihak Atasan Etika Berkomunikasi Dengan Pihak Atasan Etika Berkomunikasi Dengan Pihak Atasan Etika Berkomunikasi Dengan Pihak Atasan Etika Berkomunikasi Dengan Pihak Atasan

Wednesday, July 9th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments