Blazer pendek dan labuh VS Acara dan majlis

Pernahkah anda keliru bila dan acara apa yang anda boleh memakai jacket/blazer yang lebih pendek daripada kemeja/blouse di dalam. Mungkin anda melihat ramai wanita di luar sana yang bergaya dengan memakai jacket/blazer yang lebih pendek daripada kemeja/blouse di dalam tidak kira dalam majlis dan acara apa, bila dan di mana.

Meniru cara pemakaian orang lain tanpa mempunyai ilmu dalam peraturan berpakaian serta mengambil ringan mengenai perkara ini hanya akan menyebabkan anda dilihat kurang berkredibiliti dan mengambil mudah dalam etiket penampilan.

Bagi seorang wanita profesional, anda perlu peka dan tahu bahawa memakai jacket/blazer yang lebih pendek daripada kemeja/blouse di dalam hanya dibenarkan untuk acara / majlis  tidak rasmi. Memakai jacket/blazer yang lebih pendek daripada kemeja/blouse di dalam dikaitkan dengan fesyen dan tidak mengikut peraturan memakai suit.

Namun anda boleh memakainya ketika waktu dan acara santai serta ketika anda berurusan secara santai atau tidak rasmi.

Blazer Pendek Dan LabuhSekiranya anda ingin dilihat sebagai orang yang beretika dalam berpenampilan dan berkredibiliti, sebaiknya pakailah blazer yang lebih labuh daripada kemeja di dalam. Contohnya apabila anda ke pejabat, berurusan, menghadiri mesyuarat, menghadiri majlis rasmi dan membuat presentation di hadapan ramai orang.

Walaupun ketika santai, sekiranya anda perlu muncul di khalayak ramai dengan membawa nama syarikat, organisasi dan perniagaan anda, juga sangat elok bagi anda memakai jacket/blazer yang lebih labuh daripada kemeja/blouse di dalam. Anda akan dilihat sebagai seorang yang tahu peraturan berpakaian, berkredibiliti dan matang.

 

Saturday, September 13th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments