Bengkel Ketrampilan Wanita Bekerjaya | IPG Kampus Tuanku Bainun | 1 Oktober 2017

Penampilan adalah perkara pertama yang dilihat, dan ia juga yang pertama dinilai. Tanggapan pertama ini juga yang biasanya kekal lama. Bagi seorang wanita bekerjaya, memilih imej yang sesuai dan tepat adalah mudah apabila kita jelas dengan keperluan jawatan dan hala tuju karier dan kehidupan kita, seterusnya kita mampu memadankan imej personal kita dengan imej organisasi atau perniagaan kita.

Banyak yang boleh dirumuskan dengan hanya melihat penampilan seorang wanita. Kita dapat mencapai imej yang terbaik apabila kita memahami asas bernampilan, mengenali fizikal diri kita sendiri, memahami tema majlis, acara dan waktu, dan jelas mengenai status kerjaya, organisasi dan peribadi kita.

Bengkel Ketrampilan Wanita Bekerjaya

Imej wanita bekerjaya yang hebat bermula dengan sasaran yang jelas. Tetapkan sasaran yang jelas bagaimana  persepsi orang lain terhadap diri kita. Ianya penting dalam memantapkan status peribadi dan kerjaya kita. Imej bukanlah segala-galanya namun tanpa imej yang tepat, kita tidak mungkin dapat meyakinkan orang lain tentang prinsip yang hebat, nilai-nilai positif, potensi besar dan kemampuan serta bakat yang ada dalam diri kita.

Karisma diri seorang wanita bekerjaya yang sepatutnya lebih menonjol daripada pakaian, warna, aksesori, make-up, handbag, tudung, jam tangan, manik, dokoh, kerawang dan apa sahaja yang dipakainya. Pakaian hanya ALAT manipulasi untuk menaikkan kredibiliti diri, bila kita tahu cara memanipulasinya. Pakaian juga adalah alat yang mampu menjatuhkan kredibiliti diri, tanpa kita sedar. Wanita yang biasa-biasa mampu kelihatan seperti wanita ‘FIRST CLASS’ bila tahu ilmu dan caranya. Imej ‘First Class’ melambangkan mentaliti dan cara berfikir ‘First Class’. Imej First Class juga mampu merangsang cara bertingkah-laku dan berkomunikasi secara First Class.

Ketrampilan diri dan personaliti yang menarik merupakan aset bernilai kepada seorang wanita. Reputasi dan karisma diri seorang wanita akan meningkat dan berkembang apabila mempunyai personaliti yang profesional dari segi penampilan, etika dan komunikasi. Personaliti bukan sahaja merujuk kepada cara berpakaian, paras rupa atau keadaaan fizikal seseorang.

Bengkel Ketrampilan Wanita Bekerjaya

Bengkel ini memberikan ilmu, kemahiran, panduan dan preskripsi yang spesifik membolehkan kemajuan peserta dalam memantapkan ketrampilan diri dan personalitinya.

Bengkel Ketrampilan Wanita Bekerjaya

Alhamdulillah, pada 1 Oktober 2017, Tim Perunding Imej Malaysia sebagai penyedia khidmat latihan kepada  IPG Kampus Tuanku Bainun telah mengendalikan Bengkel Ketrampilan Wanita Bekerjaya.

Bengkel Ketrampilan Wanita Bekerjaya

Bengkel Ketrampilan Wanita Bekerjaya

Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan kursus ini :

  1. “Bengkel keterampilan wanita bekerjaya yang dijalankan ini sangat menarik! Puan Raihan, selaku penceramah kelihatan sungguh cantik”. – Emira Khaliasah Ahmad Subri (KVSP2)
  2. “Penceramah bengkel ini sangat best, kemas. Penerangan yang diberikan juga sangat jelas dan sangat perfect!” – Nur Syafiqah Mazlan (KVSP2)
  3. “Pada pendapat saya, bengkel keterampilan wanita bekerjaya ini sangat baik.” – Noorashikin Abdul Majid (SK Alma Jaya)
  4. “Penerangan yang diberikan oleh penceramah bengkel ini mudah untuk difahami”. – Siti Hajar Mustafa (SK Alma Jaya)
  5. “Secara keseluruhan, bengkel keterampilan wanita bekerjaya ini sangat bagus dan berguna” – Noorazini Hashim (SK Alma Jaya)
  6. “Penceramah kelihatan sungguh yakin, berkebolehan, dan profesional”. – Norazizah Abdul Aziz  (SK Alma Jaya)
  7. “Bengkel keterampilan wanita bekerjaya ini sememangnya sangat menarik!” – Siti Noor Fatimah Che Nik (KVSP2)
  8. “Pada pendapat saya, bengkel ini sangat efektif dan dapat memberi perangsang untuk saya berubah ke arah yang lebih baik”. – Aina Syamimi Muhammood (KVSP2)
  9. “Penerangan yang diperolehi dalam bengkel keterampilan wanita bekerjaya ini sangat jelas dan menarik. Penceramah juga sangat profesional”. – Nurul Amanina Zamri (IPG, Kampus Tuanku Bainun)

Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Monday, October 9th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments