4 Kepentingan Senyuman Bagi Perkhidmatan Pelanggan Yang Cemerlang

Senyuman sahaja tidak menjamin perkhidmatan pelanggan yang cemerlang, tetapi perkhidmatan pelanggan yang sangat baik kebiasaannya bermula dengan senyuman.

Terdapat banyak syarikat memberi tumpuan yang lebih kepada perkhidmatan pelanggan. Kadang-kala mereka akan membelanjakan beribu-ribu wang untuk membangunkan khidmat pelanggan termasuk latihan pekerja dan penglibatan korporat. Hal ini adalah kerana mereka tahu bahawa perkhidmatan pelanggan bukanlah sesuatu yang bermusim.

Disini kami Perunding Imej Malaysia ingin kongsikan 4 kepentingan senyuman bagi perkhidmatan pelanggan yang cemerlang:

1. Senyuman adalah lebih kepada pemikiran

Kepentingan Senyuman Bagi Perkhidmatan Pelanggan

Senyuman yang dilemparkan akan sedikit sebanyak akan menunjukkan refleksi organisasi kerana ia adalah tanda pengesahan perjanjian sesebuah organisasi.
Senyuman tersebut akan membantu dalam membentuk ‘first impressions’, iaitu petunjuk kepada sesuatu produk atau perkhidmatan yang memuaskan.
Selain itu, senyuman juga memainkan peranan dalam setiap perkara yang dilakukan, dalam setiap transaksi yang dibuat serta hubungan dengan setiap pelanggan yang kita bantu. Perkara sebegini akan bermula sebelum kita mula-mula berinteraksi dengan pelanggan dan ia tidak akan berakhir walaupun segalanya sudah selesai.
.
2. Senyuman adalah lebih daripada ekspresi

Kepentingan Senyuman Bagi Perkhidmatan Pelanggan

Senyuman bukan hanya apa yang dilakukan oleh wajah anda, tetapi ia menyampaikan fikiran anda. Senyuman atau perasaan senyuman yang tidak kelihatan bagi perkhidmatan pelanggan melalui telefon, boleh menjadi antara bahagian paling penting dalam urus niaga.
Senyuman dapat meningkatkan pertukaran produk yang lebih baik, perkongsian pengetahuan, atau penawaran kepada sesuatu jalan penyelesaian.

3. Senyuman adalah sebuah jemputan

Kepentingan Senyuman Bagi Perkhidmatan Pelanggan

Senyuman akan mewujudkan sebuah hubungan dan memulakan amanah yang merupakan asas kepada setiap hubungan perniagaan.
Senyuman yang dilemparkan akan memberikan keselesaan kepada pelanggan dan akan menarik perhatian / minat mereka untuk terus berurusan dengan anda.

4. Senyuman menunjukkan sikap

Kepentingan Senyuman Bagi Perkhidmatan Pelanggan

Sebuah senyuman boleh menceritakan kisah anda dari padangan pertama orang yang melihat. Ia adalah sebuah sentuhan peribadi yang boleh memanjangkan perjanjian perkhidmatan pelanggan dan mencerminkan semangat anda.
Kita sememangnya tidak akan dapat mengawal segala hal yang berlaku ketika berinteraksi dengan pelanggan, tetapi kita perlu sentiasa mengawal sikap yang akan disampaikan, seperti tenaga dan keterujaan, serta komitmen dalam usaha memuaskan kehendak pelanggan.

 

Wednesday, September 27th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments