10 Jenis Beg Tangan Wanita

Beg tangan adalah antara aksesori yang wajib ada dan menjadi keperluan setiap wanita. Ada wanita yang hanya memiliki satu beg tangan dan membawanya ke setiap acara dan majlis. Namun ramai wanita yang gemar mengumpul koleksi beg tangan dan bertukar-tukar beg tangan mengikut acara, urusan dan majlis yang berbeza.

Apabila memiliki banyak beg tangan atau berniat untuk membeli beg tangan, sangat penting seorang wanita mengetahui jenis dan fungsi setiap jenis beg tangan yang ada di pasaran. Pada artikel kali ini Perunding Imej Muslimah ingin kongsikan 10 jenis beg tangan wanita dan fungsinya.

 

1. Leather Day Satchel

Ini adalah beg tangan kerja yang penting. Beg tangan jenis ini terdapat dalam pelbagai saiz daripada saiz medium hinggalah saiz besar yang boleh menyimpan hampir segala peralatan dan keperluan penting wanita untuk ke tempat kerja.

Pilihlah satu daripada beg tangan kulit bewarna neutral seperti hitam atau coklat gelap (elakkan memilih warna putih atau krim yang menyebabkan kotoran mudah kelihatan, sekiranya rutin harian anda agak lasak ).

Elakkan juga beg tangan yang mempunyai banyak perkakasan atau logo.

Apabila membeli beg Leather Day Satchel, pastikan anda memilih beg yang betul mengikut saiz tubuh anda. Kadang-kadang kita mudah sangat untuk jatuh cinta dengan sesebuah beg tanpa terfikir bagaimana ia kelihatan pada tubuh dan penampilan kita, apabila kita membawanya. Jika anda tinggi, beg tangan yang bersaiz terlalu kecil boleh membuatkan ia tenggelam (risau juga sekiranya orang lain melihat mungkin seperti anda membawa beg anak perempuan anda). Jika anda bertubuh rendah pula, pilihlah saiz beg yang tidak kelihatan seperti anda boleh masuk ke dalamnya.

Untuk lebih tips memilih beg Leather Day Satchel yang mampu menaikkan penampilan dan reputasi wanita profesional, KLIK di sini.

 

2. Day Clutch


Cluth beg harian yang kemas adalah pilihan yang hebat jika anda boleh mengenalpasti barang apa yang perlu berada di dalamnya dan apa yang tidak perlu.

Beg poket yang kecil adalah comel tetapi anda tidak boleh memasukkan barang yang banyak. Cuba pilih beg yang mempunyai banyak poket supaya anda dapat membawa dan menyusun barang keperluan anda. Ini adalah salah satu beg yang anda boleh bawa ke mana sahaja.

Jika anda memerlukan beg harian yang lebih besar untuk ke pejabat tetapi tetap suka untuk membawa trim clutch untuk makan tengah hari atau majlis-majlis tertentu, hanya masukkan beg clutch ini ke dalam beg yang lebih besar mengikut keperluan anda.

 

3. Sling Bag

Beg ini memberikan anda kebebasan untuk banyak bergerak dan lasak sambil mengekalkan keperluan anda, dan ia kelihatan lebih elegant dan sesuai dibawa oleh seorang wanita terutamanya wanita bekerjaya, daripada membawa beg sandang.

Beg silang yang baik perlulah mempunyai tali kukuh yang boleh dilaras untuk memudahkan pergerakan. Ia tidak sepatutnya terlalu berat dan harus bersaiz sederhana. Jika saiznya terlalu kecil, ia kurang praktikal dan berfungsi, dan jika saiznya terlalu besar pula ia akan tenggelamkan anda.

 

4. Clutch Evening

Jarang sekali seorang wanita memilih untuk membeli beg jenis ini, kecuali mempunyai sesuatu majlis tertentu yang perlu dihadiri. Wanita yang perlu sering menghadiri atau menemani suami menghadiri majlis-majlis makan malam biasanya mempunyai beberapa koleksi beg ‘clutch evening’ ini.

Sekiranya anda ingin membeli beg ini (kemungkinan kita akan memerlukan beg jenis ini untuk beberapa sebab, jadi mengapa tunggu sehingga kita terdesak?). Saya cadangkan anda pilih design beg ‘clutch evening’ yang agak ringkas dan boleh masuk dengan pelbagai tema seperti beg clutch satin bewarna hitam atau metallic clutch bewarna emas atau perak.

Sekiranya anda ingin sedikit berkilau, pilihlah beg ‘clutch evening’ yang mempunyai permata pada tali sahaja. Ia akan mempunyai daya tarikan yang lebih klasik, ‘evergreen’ dan boleh digayakan atau dipadankan dengan pelbagai jenis pakaian.

 

5. Straw Basket


Beg ini boleh dijadikan beg tangan anda pada musim panas atau untuk dibawa ke aktiviti outdoor. Beg jenis ini adalah sesuai untuk aktiviti luar seperti ke pasar, picnic atau bersiar-siar di taman dan semestinya lebih santai berbanding beg tangan yang lain.

Beg bakul yang biasa mungkin kelihatan agak lucu dan agak ketinggalan, namun, sekiranya ia digunakan dengan baik, anda mungkin terkejut dengan berapa banyak barang yang boleh anda bawa bersamanya.

 

6. Beg bahu bersaiz sederhana

Beg bahu mendatangkan sifat yang anggun dan canggih namun sporty, dan merupakan salah satu beg yang mudah dibawa setiap hari. Beg gaya ini menampilkan gaya dan penampilan beg yang lebih besar daripada kebiasaannya, kerana anda tidak memegangnya dengan tali.

Beg yang mempunyai rich leather atau textured suede adalah sangat ideal, namun beg seperti ini daripada kain kanvas yang kemas juga boleh menjadi sempurna untuk kelihatan ringan dan sesuai dengan tempat serta gaya yang sesuai.

 

7. Chic Tote

Setiap wanita memerlukan tote bag untuk membawa barang-barang dan dokumen yang banyak selain daripada beg tangan kerja yang berkualiti. Beg chic tote bukan hanya satu beg besar untuk mengangkut barang tetapi kini ia merupakan satu beg keperluan wanita yang ditambahbaik dengan desain yang kemas dan profesional. Jenis beg tote yang anda beli biasanya ditentukan oleh apa yang anda lakukan setiap hari.

Istilah “tote” berarti membawa. Jenis beg ini telah digunakan selama berabad-abad. Awalnya istilah itu sendiri belum digunakan untuk menyebut beg model “totebag” hingga tahun 1900an. Beg tote asalnya adalah beg besar yang terbuka sederhana dengan pemegang yang ditempatkan di kedua-dua sisi tengah bahagian beg.Bahagian atasnya dibiarkan terbuka untuk memudahkan pengguna memasukkan dan mengambil barang di dalam beg. Tetapi untuk tujuan melindungi barang yang berada di dalamnya akhirnya dibuatlah tutup beg seperti kancing atau resleting.

Tote bag klasik menggunakan tali melengkung tapi sekarang boleh didapati dalam pelbagai variasi.

 

8. Beg Kasual

Ini adalah wildcard anda, dan ia membolehkan anda untuk mempamerkan gaya peribadi anda. Terdapat banyak pilihan untuk beg ini. Pada hari-hari tertentu ketika anda boleh bersenang-senang, pakailah beg jenis ini. Ini adalah pemilihan yang bagus untuk meningkatkan gaya anda.

 

9. Iconic Bag
10 Jenis Beg Tangan Wanita
Sebenarnya tiada wanita yang memerlukan beg tangan daripada pereka terkenal. Tetapi jika anda ingin melabur kepada sesuatu barang yang mahal, anda pasti akan memastikan ia dapat bertahan selama bertahun-tahun.

Contohnya beg ikonik klasik, ianya adalah pelaburan yang berbaloi. Beg tangan Hermes Birkin atau beg Chanel adalah beg ikonik klasik yang sangat didambakan. Beg seperti ini boleh sentiasa relevan dan evergreen kerana sentiasa mengatasi apa-apa trend. Sebagai contoh, Chanel 2.55 merupakan salah satu daripada rekaan yang paling ikonik yang pernah direka. Ia adalah beg tangan LBD walaupun mahal.

 

10. Beg Berwarna

10 Jenis Beg Tangan Wanita

Ya, warna hitam sentiasa akan menjadi warna hitam yang baru, tetapi selain daripada urusan kerja, kadang-kadang anda perlu memilih warna yang sesuai dengan mood anda terutama ketika keluar bersantai atau untuk acara yang kurang formal.

Cara terbaik untuk menggunakan beg tangan yang berwarna bukanlah dengan menyesuaikannya dengan warna pakaian anda. Tetapi memilih warna yang bertentangan dengan spektrum warna yang anda pakai untuk membuatkan ia kontras dan menarik.

Jika anda memakai banyak camels dan taupes, cuba beg tangan berwarna kuning atau merah. Jika anda sering memakai warna merah, maka cuba pakai beg yang bewarna biru terang (bukan semua personaliti wanita yang berani menggayakan gaya kontras seperti ini, tetapi apa salahnya sesekali anda mencuba dengan gaya berbeza dan kreatif).

Anda masih mahukan tips penampilan wanita korporat? Klik di sini untuk lebih lagi!

Tuesday, October 24th, 2017October 24, 2017

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *