Pada 16-17 Februari baru-baru ini, saya dijemput mengendalikan Kursus Transformasi Penampilan & Etiket Dalam Pembentukan Imej Profesional selama 2 hari kepada 32 orang kakitangan Fama ibu pejabat dan Negeri Selangor.
Kursus ini menekankan konsep profesional seorang kakitangan merangkumi cara dan teknik berpakaian, kemahiran komunikasi profesional dan etiket bisnes dan sosial.
Alhamdulillah para peserta yang hadir kelihatan sungguh bersemangat dan teruja dalam sesi pembelajaran. Para peserta aktif mengemukakan soalan-solan dan kemusykilan mereka selama ini berkaitan teknik penampilan yang profesional dan terkini dalam amalan sektor kerajaan.
Di bawah adalah gambar-gambar yang sempat diambil semasa sesi kursus berlangsung.