Kursus ini berlangsung selama 2 hari 1 malam di Agrotek Garden Resort Hulu Langat Selangor. Kursus ini menekankan pemantapan etiket dan komunikasi yang tepat bagi seorang penjawat awam yang profesional, serta menerangkan kekeliruan berkaitan dress code yang betul dan patuh syariah bagi seorang kakitangan semasa bertugas di pejabat, di dalam majlis rasmi dan di luar kawasan pejabat.
Demonstrasi dress code yang digayakan oleh para peserta dalam satu slot kursus memantapkan lagi pemahaman mereka berkaitan dress code yang mengikut peraturan.