Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Talian (Virtual Learning) Jabatan Kesihatan Negeri Perlis | 23 Julai 2020

Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Talian (Virtual Learning)

Alhamdulillah berjalan lancar Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Talian (virtual learning) Jabatan Kesihatan Negeri Perlis pada 23 Julai 2020. Virtual learning menggunakan platform Zoom meeting dan Xsplit Broadcaster.

Kesemua peserta berada di Bilik Mesyuarat BKKM dan MKKM JKN Negeri Perlis dan Trainer bersiaran langsung dari pejabat Awaken Training & Consultancy Kelana Jaya.

Setinggi penghargaan kepada BKKM JKN Perlis di atas jemputan dan kepercayaan untuk kami mengendalikan Kursus Komunikasi Berkesan virtual ini. Alhamdulillah terima kasih di atas pengalaman ini.

 

 

 

Seseorang individu yang mampu berkomunikasi dengan baik dan berkesan dapat menonjolkan kewibawaan diri dan organisasinya. Kemahiran komunikasi sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan para pelanggan, pihak atasan, orang kenamaan, pekerja, rakan dan juga pihak media, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan organisasinya. Dalam dunia profesional, kemahiran komunikasi adalah pakej diri yang mengandungi kualiti dan ciri-ciri seorang individu berjaya yang menggambarkan kompetensi dan karakternya dalam menjalankan urusannya. Dengan memiliki kemahiran komunikasi, seorang individu akan mampu ‘menjual diri’, iaitu menjual nilai-nilai positif yang ada di dalam diri mereka, contohnya kepintaran, idea yang hebat, kreativiti, kejujuran, kesungguhan dan kewibawaan sebagai seorang ketua atau pegawai yang disegani. Mengambil kira cabaran semasa krisis pandemik yang melanda secara global dan turut mengikuti perkembangan industri berasaskan kepada penyampaian secara digital dan atas talian, syarikat kami telah menyahut cabaran ini dengan merintis dan menerokai kaedah penyampaian modul kami secara digital dan atas talian. Atas inisiatif ini kami telah membangunkan modul-modul serta kaedah penyampaian bersesuaian dengan cabaran era digital dan atas talian.

Objektif kursus ini adalah untuk memberikan pendedahan, ilmu, teknik dan kemahiran kepada kakitangan bagaimana berkomunikasi secara berkesan, beretika dan profesional dengan rakan sekerja, pihak atasan, ahli lembaga pengarah dan pelanggan. Kursus ini juga antaranya akan mendedahkan kepada para peserta tentang cabaran perkhidmatan komunikasi pelanggan atas talian dan kebiasaan baru (new norm), serta bagaimana kemahiran berurusan dan berkomunikasi dalam cabaran semasa era digital dan krisis pandemik.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Komunikasi Berkesan Dalam Talian (Virtual Learning) ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga.

Friday, July 24th, 2020
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments