Kursus Khidmat Pelanggan Yang Berbudi Bahasa | 26-27 September 2016 | LPHS

Selama 2 hari pada 26-27 September yang lalu berlangsung Kursus Khidmat Pelanggan Berbudi Bahasa yang berlangsung di Bilik Mesyuarat Kekwa Unit Perancangan Ekonomi Negeri, Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. Tim Perunding Imej Malaysia telah dijemput untuk mengendalikan kursus ini.

Kursus 2 hari ini menyentuh berkaitan konsep perkhidmatan pelanggan yang mampu memenuhi jangkaan dan psikologi pelanggan abad ini. Modul-modul termasuklah kemahiran dan adab komunikasi ketika berurusan dengan pelanggan secara bersemuka serta melalui telefon dan internet, kemahiran etiket bisnes dan budi bahasa ketika melayani pelanggan, kemahiran penampilan profesional dalam perkhidmatan pelanggan kelas pertama, sistem dan suasana semasa berurusan serta bagaimana menangani pelanggan yang marah-marah dan pelanggan yang mencabar.

Kami kongsikan gambar-gambar yang sempat diambil semasa Kursus Khidmat Pelanggan Berbudi Bahasa ini berlangsung :

Kursus Khidmat Pelanggan Berbudi Bahasa Kursus Khidmat Pelanggan Berbudi Bahasa-1

Kursus Khidmat Pelanggan Berbudi Bahasa

Perkhidmatan pelanggan termasuklah membina dan memastikan hubungan yang amat baik dengan para pelanggan. Kebolehan untuk mengendali aduan adalah bahagian penting di dalam perhubungan antara pelanggan dan organisasi. Proses perkhidmatan pelanggan tidak terhenti setakat pelanggan menerima produk atau perkhidmatan anda. Cabaran paling besar adalah tatkala pelanggan datang menyerang dan memerlukan bantuan anda untuk menyelesaikan masalah.

Pegawai yang berhadapan dengan pelanggan adalah petugas barisan hadapan yang merupakan wajah sesebuah organisasi, dan mereka adalah duta serta hero kepada organisasi tersebut. Kebolehan dan kemampuan petugas barisan hadapan ini berhadapan dan mengendalikan aduan pelanggan secara profesional merupakan aset bernilai kepada sesebuah organisasi. Personaliti, komunikasi dan tingkah-laku yang profesional bagi petugas barisan hadapan ketika berhadapan dengan pelanggan sangat penting kerana ia memberi kesan langsung terhadap kepuasan pelanggan, seterusnya memberi kesan besar kepada reputasi dan keuntungan sesebuah organisasi.

Semoga Kursus Khidmat Pelanggan Berbudi Bahasa ini memberi semangat dan azam baru serta memantapkan lagi ilmu dan ketrampilan serta profesionalisme diri dalam menjalankan tanggungjawab kerja dengan penuh dedikasi.

Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Khidmat Pelanggan Berbudi Bahasa ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!

Thursday, September 29th, 2016
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments