Selama 3 hari berlangsung Kursus Ketrampilan Diri & Peningkatan Personaliti bersama warga Kementerian Belia & Sukan seluruh Malaysia di Rumah Peranginan Persekutuan Camerons Highland. Antara modul yang dikongsikan adalah Asas Grooming, Analisa Personaliti & Bagaimana Meningkatkan Kualiti Personaliti Diri, Kuasa & Aura Warna, Teknik, Tips & Dress Code Pakaian Wanita & Lelaki, Amali Penjagaan Kulit Wajah & Aplikasi Mekap Ke Pejabat, Teknik Berkomunikasi Secara Profesional serta Etiket Bisnes & Sosial. Dalam menjayakan kursus ini, saya turut dibantu oleh perunding dan jurumekap profesional, Puan Mahani Rahmat.
Alhamdulillah kursus berjalan lancar bersama tim urusetia daripada KBS yang sangat pro aktif dan profesional, serta semua peserta yang bersemangat dan optimis. Semoga ada ruang dan peluang untuk bertemu lagi, in sha Allah.
Saya juga ingin kongsikan apa yang ditulis oleh para peserta di akhir kursus berkenaan penyampaian dan perkongsian saya. Terima kasih kepada semua peserta atas komen dan ‘feedback’ yang pasti menjadi penguat semangat untuk terus berkongsi ilmu.
Pendapat anda tentang penceramah dan program ini secara keseluruhan.
- Terbaik
- Amat baik dan happy
- Sangat seronok dan banyak memberi kesan kepada saya.
- Terbaik
- Pendapat saya, penceramah berpengalaman dan seronok didengar
- Cukup berpengalaman dan amat baik persembahannya
- Penceramah berilmu, program santai dan enjoy
- Mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang luas dalam topik yang diberikan
- Amat membantu dan berkesan
- Mencapai ekspetasi dan tujuan mengikuti kursus.
- Selesa dan ada two-way communication
- Sangat berkesan dan bersesuaian
- Baik dan sangat memuaskan
- Penyampaian yang baik dan boleh difahami
- Penceramah untuk program ini menggunakan ayat yang lembut
- Penceramah untuk program ini menggunakan pertuturan yang lembut sesuai dengan rupa paras beliau.
- Baik
- Sangat bagus
- Penceramah sangat mesra dan memberi jawapan yang positif kepada peserta. Secara keseluruhan, program ini amat baik untuk semua penjawat awam.
- Banyak membantu.
- Penceramah sangat ceria dalam menyampaikan ceramah dan mudah difahami. Semoga para peserta dapat mengaplikasikan ilmu ini bagi menaikkan imej organisasi.
- Penceramah sangat efektif dalam menyampaikan ceramah dan ilmu yang disampaikan senang diserap. Good luck in the future miss.
- Penyampaian yang jelas dan tidak memboringkan
- Menarik minat dan program ini amat berguna untuk saya
- Mudah difahami dan penceramah menerangkan keseluruhan topik dengan jelas
- Amat berpuas hati.
- Amat memuaskan
- Baik, semoga dapat diteruskan dimasa seterusnya.
- Kursus ini amat diperlukan oleh pegawai tidak kira gred
- Program ini membantu dalam membentuk personaliti diri saya secara keseluruhan, selain banyak info baru yang boleh dipraktikkan.