Semalam saya berkongsi ilmu bersama lebih 90 orang guru yang bersemangat dan pro aktif mengambil inisiatif sendiri menganjurkan kursus ini. Tahniah dan terima kasih kepada Kelab Guru SMK Desaminium yang berusaha untuk menjayakan kursus ini.
Di dalam kursus ini penekanan diberikan kepada tatacara berpakaian bagi guru-guru sebagai penjawat awam dan ciri-ciri pada imej seorang guru yang berwibawa dan memberi inspirasi.
Di dalam kursus ini juga para peserta ditunjukkan dress code pemakaian iaitu ‘corporate dressing’, ‘formal’,’smart casual’ dan ‘casual’. Mereka diberikan penjelasan beserta ditunjukkan contoh pakaian-pakaian termasuk apa yang dimaksudkan dengan ‘two piece suit’ dan ‘three piece suit’ bagi lelaki dan wanita. Para peserta wanita juga ditunjukkan contoh kategori baju kurung dan suit mengikut dress code.
Para peserta kelihatan begitu teruja dan memberikan perhatian dan komitmen yang tinggi, dan yang paling mengkagumkan adalah usaha mereka untuk melaksanakan kursus ini adalah inisiatif dari mereka sendiri termasuk mengumpulkan dana sendiri dan hadir pada hari Sabtu.
Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua peserta dan jawatankuasa penganjur yang terlibat. Para peserta menunjukkan minat yang mendalam untuk mempelajari ilmu penampilan ini serta melahirkan hasrat mereka untuk mengadakan siri kursus yang akan datang sebagai sambungan daripada kursus ini memandangkan masa yang ada terhad untuk mereka mempelajari keseluruhan modul.
Saya kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil semasa kursus berlangsung;