Konsisten dalam imej berpakaian menjaga aurat dalam keadaan formal dan kasual akan meningkatkan kredibiliti dan kepercayaan orang lain terhadap diri anda!
Contoh : Memakai seluar panjang semasa ke pejabat dan mengekalkan memakai seluar panjang ketika bersukan bagi lelaki. Memakai baju lengan panjang dan bertudung ke pejabat dan mengekalkan memakai baju lengan panjang dan bertudung ketika membawa anak-anak ke taman bagi wanita.
Konsisten dalam prinsip imej anda tidak kira di mana dan bila akan meningkatkan kepercayaan ramai orang terhadap diri anda termasuk anak-anak anda yang sedang meningkat dewasa!