Imej & Ketrampilan Muslimah | 23 Mei 2014 | PUSPANITA

Semalam saya berpeluang mengendalikan sesi Imej & Ketrampilan Diri Muslimah bersama ahli-ahli Puspanita di Dewan Temuduga Suruhanjaya Perkhidmatan Awam, Blok C7, Kompleks C, Putrajaya.

Antara ilmu yang dikongsikan bersama para peserta yang hadir adalah ilmu asas dalam penampilan seorang Muslimah, kesedaran dalam berpenampilan serta ilmu dan kemahiran mengenal diri sendiri sebelum memilih pemakaian yang tepat dengan imej seorang muslimah yang anggun dan profesional.

Saya turut mendedahkan kesilapan-kesilapan dalam penampilan yang tidak disedari oleh ramai muslimah di mana ianya akan menjejaskan kredibiliti dan reputasi diri. Setelah para peserta mempelajari kemahiran-kemahiran ini sesi berakhir dengan demonstrasi 3 teknik penggayaan hijab dengan menggunakan shawl yang lebar dan panjang, yang dapat menutup aurat namun masih bergaya, sofistikated dan elegan.

Saya

kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil semasa program berlangsung.

Imej Ketrampilan Muslimah Imej Ketrampilan Muslimah Imej Ketrampilan Muslimah Imej Ketrampilan Muslimah Imej Ketrampilan Muslimah Imej Ketrampilan Muslimah Imej Ketrampilan Muslimah

Saturday, May 24th, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments