Corporate Grooming Workshop : Kelab Proton 10 & 17 Mac 2017

Tim Perunding Imej Malaysia sangat berbesar hati apabila kami dijemput oleh Kelab Proton untuk mengendalikan Corporate Grooming Workshop di Auditorium 2 Proton Shah Alam, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd.

Puan Raihan di lobi Auditorium 2 Proton Shah Alam
Puan Raihan di lobi Auditorium 2 Proton Shah Alam

 

Program ini adalah untuk memantapkan pekerja-pekerja wanita Proton untuk tampil lebih yakin sekaligus memahami ilmu mengenai pemakaian profesional di pejabat.

Peserta mendengar perkongsian mengenai teknik berpakaian selepas membuat ukuran bentuk dan rangka tubuh
Peserta mendengar perkongsian mengenai teknik berpakaian selepas membuat ukuran bentuk dan rangka tubuh.

 

Antara modul yang dikongsikan adalah berkaitan bagaimana dengan mengetahui bentuk dan rangka tubuh peserta mampu untuk tampil berpenampilan yakin dan menarik. Bagaimana dengan mengenali bentuk dan rangka tubuh menyebabkan peserta tidak perlu membazir wang dan masa membeli pakaian yang tidak kena dengan diri mereka. Bagaimana dengan mengenali bentuk dan rangka tubuh mampu membuatkan mereka yakin dalam penampilan.

Puan Raihan membantu peserta bagaimana mengambil ukuran badan dengan teknik yang betul
Puan Raihan membantu peserta bagaimana mengambil ukuran badan dengan teknik yang betul.

 

Puan Raihan menunjukkan teknik mengukur dan menentukan bentuk badan dengan tepat.
Puan Raihan menunjukkan teknik mengukur dan menentukan bentuk badan dengan tepat.

 

Para peserta juga ditunjukkan bagaimana teknik menentukan bentuk wajah mereka. Bagaimana dengan mengenali bentuk wajah akan menyebabkan mereka tidak membuang masa dan wang membazir membeli banyak tudung yang tidak kena dengan bentuk wajah mereka. Bagaimana juga dengan mengetahui bentuk wajah akan menyebabkan peserta yakin menggayakan hijab yang sesuai dengan diri mereka.

 

Para peserta membantu antara satu sama lain menggayakan 6 teknik stail hijab yang ditunjukkan.
Para peserta membantu antara satu sama lain menggayakan 6 teknik stail hijab yang ditunjukkan.

 

 

Para peserta juga diberikan teknik solekan ke pejabat, agar kelihatan sederhana dengan wajah yang segar dan bersemangat dalam menjalankan tugas. Konsep dan teori dalam mengenakan mekap bagi seorang wanita profesional hanyalah untuk menyampaikan mesej bahawa dirinya bersedia untuk berurusan, dan atas komitmen terhadap pekerjaan, bukannya untuk menarik perhatian lelaki dan berlebih-lebihan dalam berhias.

 

Puan Raihan menunjukkan demonstrasi aplikasi solekan ke pejabat.
Puan Raihan menunjukkan demonstrasi aplikasi solekan ke pejabat.

Alhamdulillah, 2 siri kursus berjalan lancar seperti dirancang. Terima kasih kepada semua AJK Kelab Proton yang sudi menjemput Tim Perunding Imej Malaysia untuk menjayakan kursus ini, tahniah kami ucapkan atas penganjuran program. Terima kasih kepada semua peserta yang terlibat. Semoga terus maju dan semakin cemerlang dalam kerjaya anda.

Para peserta yang awesome !
Para peserta yang awesome !

 

Tahniah kepada semua AJK Kelab Proton yang bertungkus-lumus menjayakan kursus ini.
Tahniah kepada semua AJK Kelab Proton yang bertungkus-lumus menjayakan kursus ini.

Wednesday, March 29th, 2017
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments