Dengan kerjasama Felcra Berhad, Tim Perunding Imej Malaysia dijemput mengendalikan Kursus Professional Business Etiquette, Protocol & Image Grooming kepada lebih kurang 31 peserta, yang berlangsung di Hotel Bayview, Melaka.
Peserta-peserta terdiri daripada pegawai-pegawai kanan daripada Felcra Berhad yang datang dari seluruh Malaysia.
Kursus berlangsung dengan sangat meriah apabila peserta yang telah mengenali antara satu sama lain dapat berkumpul bersama berkongsi ilmu. Kursus yang padat dengan aktiviti pembelajaran dan tidak lekang dengan soalan-soalan daripada peserta yang sangat aktif menyebabkan suasana dalam kelas berlangsung dengan suasana yang ‘havoc’. Tim kami sangat gembira dan menghargai komitmen dan penyertaan aktif serta sikap ‘sporting’ para peserta walaupun rata-rata peserta adalah ‘otai’ yang telah lama dan berpengalaman dalam kerjaya masing-masing.
Dalam kursus ini antara modul yang dikongsikan adalah teknik penampilan ‘first class’ seorang pegawai kanan yang berkredibiliti. Antara teknik yang dikongsikan termasuklah teknik memilih kemeja, suit, seluar, kasut, jam dan aksesori bagi lelaki. Teknik dan cara ‘mix and match’ tudung, pakaian, kasut aksesori dan padanan pakaian bagi wanita.
Para peserta juga telah didedahkan dengan ilmu bisnes etiket dan kemahiran komunikasi profesional dalam melonjakkan kerjaya dan reputasi organisasi mereka. Peserta mengambil bahagian yang sangat aktif dalam aktiviti simulasi bisnes etiket dan ‘role play’ dalam modul ini.
Di sini kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Professional Business Etiquette, Protocol & Image Grooming yang berlangsung pada 4 – 6 April yang lalu :
- “Penceramah yang menarik dan efektif.” – Marziana Mangsor (Felcra Bhd)
- “Sangat bagus dan mudah difahami.” – Norhafizah binti Mohd Esrakh (Felcra Bhd)
- “Penceramah mampu menyampaikan topik kursus dengan baik.” – Aidatul Sima Mohd Sharif (Felcra Bhd)
- “Menarik dan luas pengetahuan.” – Khairani binti Buchari (Felcra Bhd)
- “Berpengetahuan dan menarik.” – Sheri Mazni Hassan (Felcra Bhd)
- “Berpengalaman dan jelas dalam menyampaikan topik-topik kursus.” – Suraya Sohaila binti Che’ Lah (Felcra Bhd)
- “Penyampaian yang menarik dan mudah difahami.” – Nur Marlyana Abd. Majid (Felcra Bhd)
- “Terbaik dan Awesome.” – Siti Fuziah Said (Felcra Bhd)
- “Sangat bermanfaat dan berilmu.” – Dayang Roslinda binti Yaacob (Felcra Bhd)
- “Penyampaian yang mudah,ringan tetapi mesej yang padat dan jelas.” – Erni Fazrina bt Zolkepli (Felcra Bhd)
- “Sangat memuaskan dan personaliti/karakter Puan very stunning!” – Wan Nabilah binti Wan Mat (Felcra Bhd)
- “Penyampaian penceramah keseluruhannya baik dan program ini sangat berguna dalam kerjaya juga kehidupan harian.” – Norlela bt Hamid (Felcra Bhd)
- “Berpengetahuan dalam bidang yang diajar.” – Nurhidayah Samsudi (Felcra Bhd)
- “Penceramah mahir tentang perkara yang diberikan dan mampu memberi kefahaman kepada peserta.” – Sulaiman bin Mohammad (Felcra Bhd)