Pada 16 Ogos yang lalu, berlangsung Kursus Etiket dan Penampilan Dalam Pembentukan Imej Profesional pada 16 Ogos 2016 bersama kakitangan Luas bertempat di Aliya Ballroom Aras 1 Hotel Aliya, Klang.
Kursus ini menekankan aspek komunikasi profesional ketika berurusan dengan pelanggan, iaitu menyentuh berkenaan dengan skrip dan laras bahasa yang digunakan, konten komunikasi termasuk nada suara dan bahasa tubuh. Selain daripada itu kursus ini memberikan teknik mengendalikan kritikan, teguran dan maklumbalas daripada pelanggan, selain daripada mendedahkan para peserta dengan 10 adab/etiket bisnes ketika berurusan dengan pelanggan.
Semoga ilmu dan kemahiran yang dikongsikan bermanfaat kepada setiap peserta seterusnya menaikkan kredibiliti dan reputasi organisasi.
Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang diambil semasa program berlangsung.