Kita Tidak Dinilai Berdasarkan Potensi, Kita Dinilai Berdasarkan Hasil

We all know he keeps a high opinion about himself. During his first spell with Chelsea, he declared himself as a ‘Special One’ while his bloated ego has been well documented in the past. Again, in that interview, he says that “There is only one Jose Mourinho in this world. The problem is that many want to talk about me, even those who do not know me at all,”.

Jose Mourinho, jurulatih sebuah pasukan bola sepak dunia yang merupakan antara pasukan terhebat dan termahal, tidak terpengaruh dengan kata-kata dan pandangan orang lain mengenai kemampuan dan potensinya, serta perancangan dan strateginya.

Beliau tidak sesekali terpengaruh dengan pertikaian orang lain terhadap potensinya, kerana beliau tahu, akhirnya beliau dinilai berdasarkan hasil.

Pada saya kenyataan beliau kepada media ini adalah kenyataan yang paling tepat untuk menggambarkan apakah persepsi orang yang benar-benar yakin terhadap dirinya. Beliau tahu dan pasti apa dan kenapa dia melakukan sesuatu perkara, walau apa pun kata-kata dan pandangan orang lain.

“There is only one Jose Mourinho in this world. The problem is that many want to talk about me, even those who do not know me at all,”.

Orang lain walaupun seorang pakar tidak mungkin tahu dan memahami keseluruhan keadaan kita, kemampuan dan potensi sebenar kita, cerita kehidupan dan pengalaman serta keseluruhan kejadian yang pernah berlaku dalam kehidupan kita. Hanya kita yang benar-benar tahu.

Saya pernah menghadiri sebuah program mengenai ‘business plan’, di mana dalam program itu kami diberikan kepada kumpulan-kumpulan kecil, bertiga-tiga. Di dalam aktiviti ini salah seorang ahli kumpulan akan diminta menceritakan mengenai perancangan bisnes atau kerjayanya pada masa hadapan, sementara dua orang lagi akan bertanya, menyerang dan cuba mempertikaikan perancangan yang diceritakan.

Objektif program ini adalah untuk kami menyedari dalam dunia realiti, apabila kita merancang atau ingin memulakan perancangan bisnes atau kerjaya kita, kemungkinan akan ada orang yang akan mempersoalkan dan mempertikaikan perancangan kita itu, dan adakah kita mampu menepis segala persoalan dan pertikaian itu.

Apabila tiba giliran saya, setelah selesai menceritakan perancangan bisnes dan kerjaya saya kepada dua orang ahli kumpulan, mereka mula memainkan peranan untuk mempertikaikan perancangan kerjaya saya dengan pelbagai soalan. Namun tiada satu soalan atau pertikaian pun yang saya tepis dan pertahankan, malah saya hanya senyum tanpa ada perasaan terancam sedikit pun.

Ketika itu dalam hati saya terfikir, kenapa saya perlu peduli dengan segala persoalan dan pertikaian orang lain mengenai perancangan kerjaya saya, dan kenapa saya perlu bersusah payah menjawab dan menepis segala pertikaian mereka. Adakah mereka tahu berapa lama dan berapa banyak usaha saya dalam membina potensi dan kemampuan diri dalam kerjaya, apa yang telah saya hadapi dan betapa panjang cerita kehidupan saya untuk saya akhirnya menyedari dan mencapai potensi sebenar diri saya.

Malah saya rasa ketika itu mereka tidak idea sedikit pun bahawa saya telah melepasi keadaan yang lebih teruk daripada apa yang mereka pertikaikan. Adakah mereka sedar dalam dunia sebenar, masyarakat tidak menilai dan mengiktiraf kita berdasarkan potensi kerja dan perniagaan kita, tetapi akhirnya masyarakat menilai dan mengiktiraf kita berdasarkan hasil ! Tidak guna bercakap banyak dan mendabik dada dengan bercerita segala perancangan yang hebat dan potensi akan berjaya, kalau akhirnya tiada hasil.

Dalam dunia realiti pun, sekiranya ada orang pertikaikan potensi dan kemampuan saya, saya tidak akan peduli. Ketika itu saya benar-benar sedar yang saya tidak pernah rasa terancam pun dengan segala bentuk pertikaian orang lain terhadap perancangan kerjaya saya, apabila saya benar-benar tahu apa yang akan saya lakukan, dan saya sudah sangat memahami di mana kemampuan saya dan berapa jauh saya akan melangkah.

Pada saya, sekiranya orang yang menerangkan perancangannya itu masih baru dalam industri, masih tidak tahu apakah kemampuan dan potensinya atau masih tercari-cari arah dalam kerjayanya, saya fikir mungkin dia akan rasa tercabar, cuba memikirkan atau mencari jawapan untuk mempertahankan dan menjawab segala pertikaian orang lain.

Tetapi bagi

seseorang yang sudah sangat jelas dan tahu apa yang akan dilakukannya, benar-benar tahu kenapa dia lakukan dan apa yang bakal dia hadapi dalam kerjaya atau perniagaannya, dia tidak akan membuang masa memikirkan atau menyediakan jawapan dan penerangan terhadap apa pun pertikaian orang lain terhadap apa yang akan dilakukannya.

We all know he keeps a high opinion about himself. During his first spell with Chelsea, he declared himself as a “Special One” while his bloated ego has been well documented in the past.

 

Jose Mourinho, mungkin sebahagian orang menganggap orang seperti beliau ego dan degil, tetapi inilah tanda orang-orang yang benar-benar yakin dengan diri dan kemampuannya. Dia mempunyai tanggapan yang sentiasa positif dan tinggi terhadap dirinya sendiri, dan dia berusaha dan bekerja mencapai objektifnya yang sudah sangat jelas di hadapan matanya, tanpa peduli apa persepsi orang lain yang hanya pandai berkata-kata dan mempertikaikan perancangannya melalui persepsi mereka.

Tiada orang lain yang benar-benar memahami diri kita keseluruhannya. Maka jangan risau dan membuang masa memikirkan pandangan orang lain, setelah kita sendiri benar-benar kenal potensi dan kemampuan diri kita. Tidak perlu bercakap banyak mengenai potensi diri, dan apa yang mampu kita lakukan. Letakkan standard yang tinggi dalam kerjaya kita, berusahalah untuk mencapainya, dan pastikan ianya tercapai. Dalam dunia realiti, kita tidak dinilai berdasarkan potensi, kita sebenarnya dinilai berdasarkan hasil.

Saturday, February 22nd, 2014
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments