Pada 6 April yang lepas, Puan Raihan dari Perunding Imej Malaysia telah dijemput oleh pihak RTM untuk berkongsi ilmu dan tips dalam tajuk ‘Kekal Cantik Lepas Kahwin’ , dalam rancangan Feminin yang ke udara pada pukul 9.30 – 10.00 pagi. Turut sama bersiaran adalah pelanggan kami yang pernah mendapatkan khidmat sesi rundingan imej peribadi iaitu Puan Norizan Ramli, seorang ibu kepada 5 orang anak, di mana anak sulungnya sudah berumur lebih 20 tahun namun beliau masih berjaya mengekalkan penampilan yang cantik dan menarik sehingga sekarang.
Kami kongsikan di sini antara gambar-gambar yang diambil semasa bersiaran langsung pada 6 April yang lalu.