Kursus Pengucapan Awam Berkesan Jabatan Tanah dan Survei Sarawak | 15-17 November 2021

Kursus Pengucapan Awam Berkesan anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak telah berlangsung selama tiga hari bermula pada  15 November sehingga 17 November 2021 bertempat di Hotel Tanahmas Sibu, Sarawak.

Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan Izin dan rahmat -Nya, Perunding Imej Malaysia telah diamanahkan dan diberi kepercayaan untuk mengendalikan Kursus Pengucapan Awam Berkesan yang berlangsung selama tiga hari iaitu bermula pada 15 hingga 17 November 2021. Kursus yang berlangsung selama 3 hari ini telah dihadiri oleh seramai 26 orang peserta terdiri darpada barisan Pegawai tadbir, Pembantu Tadbir, Pembantu Awam, Penolong Pegawai Tadbir, Penolong Pegawai Tanah dan Penolong Juruukur Jabatan Tanah dan Survei Sarawak dari setiap daerah Negeri Sarawak.

“Penceramah yang tidak dapat disangkal kadar atau prestijnya, penceramah sangat bertauliah,” – Leslie Belare Anyie – Penolong Pegawai Tadbir “Penceramah menyampaikan ceramah dengan jelas dan tidak membosankan dan tidak terasa masa ceramah telah tamat,” – Suzita Binti Mohamad Jaya – Penolong Pegawai Tadbir

 

“Syabas buat penceramah kerana sentiasa berjaya menarik perhatian dan tumpuan dari peserta. Setiap perkongsian amatlah berguna bagi peserta.” – Laura Vionna Anak jana- Penolong Pegawai Tadbir

 

“Penceramah sangat menguasai setiap modul dan penyampaian dalam cara yang senang difahami.” – Mohd. Noraizam Bin Othman – Penolong Pegawai Tadbir ‘Penceramah mempunyai pengetahuan yang luas di dalam topik yang disampaikan,” – Saidie Bin Haji Ludin

Keberkesanan dalam pengucapan awam dapat disandarkan kepada tiga perkara asas, iaitu diri pengucap, bahan yang ingin diucapkan dan teknik pengucapan. Idea atau buah fikiran yang paling hebat sekalipun tidak mungkin akan diterima dan berkesan kepada para pendengar sekiranya idea dan buah fikiran itu tidak disampaikan dengan berkesan.

Oleh itu, bagi memastikan para pendengar tertarik dan terpengaruh dengan ucapan yang disampaikan, maka amat penting seseorang pengucap mempelajari teknik pengucapan awam yang berkesan. Melalui kursus ini, peserta berpeluang mempelajari segala teknik-teknik dan kemahiran pengucapan awam yang efektif dan berkesan agar para peserta dapat memperhebatkan teknik pengucapan awam dan komunikasi mereka selepas tamat kursus ini.

Matlamat utama penganjuran Kursus Pengucapan Awam Berkesan ini adalah bagi memantapkan kemahiran pengucapan awam mereka untuk berhadapan dengan pelbagai lapisan masyarakat tempatan sebagai komitmen dan tanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan yang berkualiti dan cemerlang.

Kursus Pengucapan Awam Berkesan ini mendedahkan ilmu bagi meningkatkan kemahiran pengucapan awam dengan memberikan para peserta kemahiran mewujudkan ‘first impression’ yang menarik, teknik pengeluaran suara yang berpengaruh, teknik menyusun  konten yang berkesan dan menarik dalam pengucapan, teknik NLP dengan menggunakan kuasa audio, visual dan penggunaan prop dan teknik membina slide yang profesional dan berkesan. Selain itu, kursus ini juga bertujuan untuk memberikan kemahiran dan etika berkomunikasi secara berkesan dalam melonjakkan reputasi dan kredibiliti para peserta.

“Secara keseluruhan sangat baik kerana sering memberi contoh-contoh dalam penyampaian beliau,” – Annie Farerra Anak Lawrence Luta – Penolong Pegawai Tadbir

 

“Sangat efektif dan berkesan,” – Abang Farid Bin Abang Taha – Penolong Pegawai Tadbir

 

“Penceramah profesional dalam membantu pendengar untuk meningkatkan kemahiran dan level confident yang tinggi,” – Muhammad Azizi Bin Sakkeh – Penolong Pegawai Tadbir.

Antara modul yang dipelajari oleh para peserta dalam Kursus Pengucapan Awam Berkesan selama tiga hari ini ialah:

  • Modul 1: Pengenalan
  • Modul 2: Seni Bicara 1
  • Modul 3 : Seni Bicara 2
  • Modul 4: Teknik Empat Penjuru
  • Modul 5: Mewujudkan Peta Presentasi
  • Modul 6: Menyampaikan Ucapan: Kuasa ‘first Impression’
  • Modul 7: Seni Vokal
  • Modul 8: Powerful Power Slides Presentation Skill
  • Modul 9: Persediaan Dan Bimbingan
  • Modul 10: Menyampaikan Persembahan & Penilaian Akhir
Tahniah kepada kesemua peserta yang telah memberikan komitmen hebat dan luar biasa dalam Kursus Pengucapan Awam Berkesan sepanjang 3 hari 2 malam ini. Tahniah kepada pihak penganjur daripada Jabatan Tanah & Survei Sarawak yang bertungkus-lumus menjayakan kursus ini. Sekalung penghargaan kepada Jabatan Tanah & Survei Sarawak di atas jemputan dan peluang untuk kami mengendalikan Kursus Pengucapan Awam Berkesan ini.
“Saya bagi 5 bintang!” – Jay Jay Bin Jusin – Pembantu Awam “Penceramah yang menarik minat para peserta untuk mendengar dan memberi perhatian, sangat informatif dan penyampaian yang berkesan,” – Muhammad Nurul Firdaus Bin Ali – Pegawai Tadbir

 

“Penceramah yang tidak membosankan, mampu menarik minat untuk terus fokus,” – Ensimau Anak Jantai- Penolong Pegawai Tadbir.

 

‘Sangat jelas dan senang difahami,” – Nabila Binti Afandi – Penolong Pegawai Tadbir “Cemerlang dan impressive,” – Sock Ting – Penolong Pegawai Tadbir

Semoga Kursus Pengucapan Awam Berkesan ini dapat memberi semangat dan azam baru serta meningkatkan lagi keyakinan diri para peserta terlibat, khasnya dalam menyampaikan pengucapan awam yang efektif dan memberi kesan. In sha Allah semoga ilmu ini bermanfaat kepada semua peserta yang hadir dan ianya dapat dikongsikan kepada keseluruhan organisasi mahupun rakan sekerja yang lain. Kami mengucapkan selamat maju jaya dan mendoakan yang terbaik untuk semua peserta.

Terima kasih di atas maklumbalas yang amat memberangsangkan daripada setiap peserta yang hadir. Kami kongsikan antara maklum balas dan pendapat daripada para peserta secara keseluruhan berkaitan Kursus Pengucapan Awam Berkesan anjuran Jabatan Tanah dan Survei Sarawak:
1. Penceramah yang tidak dapat disangkal kadar atau prestijnya, penceramah sangat bertauliah – Leslie Belare Anyie – Penolong Pegawai Tadbir
2. Beliau menyampaikan ceramah dengan jelas dan tidak membosankan dan tidak terasa masa ceramah telah tamat – Suzita Binti Mohamad Jaya – Penolong Pegawai Tadbir
3. Syabas buat penceramah kerana sentiasa berjaya menarik perhatian dan tumpuan dari peserta. Setiap perkongsian amatlah berguna bagi peserta. – Laura Vionna Anak jana- Penolong Pegawai Tadbir
4. Penceramah sangat menguasai setiap modul dan penyampaian dalam cara yang senang difahami. – Mohd. Noraizam Bin Othman – Penolong Pegawai Tadbir
5. Secara keseluruhan sangat baik kerana sering memberi contoh-contoh dalam penyampaian beliau – Annie Farerra Anak Lawrence Luta – Penolong Pegawai Tadbir
6. Sangat efektif dan berkesan – Abang Farid Bin Abang Taha – Penolong Pegawai Tadbir
7. Penceramah profesional dalam membantu peserta untuk meningkatkan kemahiran dan level confident yang tinggi – Muhammad Azizi Bin Sakkeh – Penolong Pegawai Tadbir.
8. Saya bagi 5 bintang – Jay Jay Bin Jusin – Pembantu Awam
9. Penceramah yang menarik minat para peserta untuk mendengar dan memberi perhatian, sangat informatif dan penyampaian yang berkesan – Muhammad Nurul Firdaus Bin Ali – Pegawai Tadbir
10. Penceramah yang tidak membosankan, mampu menarik minat untuk terus fokus – Ensimau Anak Jantai- Penolong Pegawai Tadbir.
11. Sangat jelas dan senang difahami – Nabila Binti Afandi – Penolong Pegawai Tadbir
12. Cemerlang dan impressive – Sock Ting – Penolong Pegawai Tadbir
13. Penceramah mempunyai pengetahuan yang luas di dalam topik yang disampaikan – Saidie Bin Haji Ludin
14. Penyampaian yang sangat baik dan jelas – Shafezza Binti Sapuani – Penolong Pegawai Tadbir
15. Well prepared – Diana Norie Anak Salang – Penolong Pegawai Tadbir.
16. Amat cemerlang – Halidi Bin John
17. Secara keseluruhan adalah baik – Fringky Bon Anak Nuah – Penolong Pegawai Tadbir
18. Sangat bagus – Wan Zaidel Bin Wan Hashim – Penolong Pegawai Tadbir
19. Baik dan sangat mudah difahami – Nur Izzah Izzati Binti Jaya
20. Baik – Awang Badrul Hisham Bin Awang Jemat – Pembantu Tadbir
22. Sangat baik – Ibrahim Bin Mawi – Penolong Juruukur

Anda berminat untuk mengadakan Kursus Pengucapan Awam Berkesan ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini berserta sebutharga!

Saturday, November 20th, 2021
Subscribe
Notify of
guest

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments