Sempena Hari Inovasi KPMBM pada 18 November 2015 yang berlangsung di Hadramawt Palace, Melaka, pihak penganjur telah menjemput Tim Perunding Imej Malaysia untuk menyampaikan pengisian kepada semua kakitangan bertajuk Transformasi Penampilan Dan Etiket Dalam Pembentukan Imej Profesional.
Pekerja yang hebat adalah pekerja yang memiliki pakej dan imej diri yang hebat. Imej yang hebat bermula dengan sasaran yang jelas bagaimana seseorang itu akan dilihat. Imej yang hebat bukan sahaja akan mempengaruhi pandangan orang lain terhadap diri kita malah mempengaruhi cara diri kita melihat diri sendiri seterusnya memberi kesan yang besar kepada cara bergaul, berkomunikasi, bertingkah-laku dan pencapaian dalam kerjaya dan kehidupan peribadi.
Imej ynag hebat tidak berlaku begitu sahaja tetapi ia bermula dengan keinginan dan usaha untuk menuntut ilmu berkaitan imej dan ketrampilan diri. Program ini mendedahkan ilmu-ilmu berkaitan ketrampilan imej profesional yang perlu diaplikasikan dalam kerjaya dan kehidupan seharian.
Kami kongsikan di sini gambar-gambar yang sempat diambil semasa program;