Alhamdulillah, Tim Perunding Imej Malaysia telah berjaya mengadakan Seminar Rahsia Imej First Class pada 4 – 5 Oktober 2017, di Sandakan, Sabah. Seminar kali ini adalah eksklusif untuk wanita yang serius untuk menambah baik ketrampilan diri mereka untuk tampil sofistikated dan berkeyakinan.
Seramai lebih kurang 77 orang wanita yang terdiri daripada pelbagai latar belakang menyertai kursus ini dan memberikan sepenuh komitmen dan tumpuan sepanjang kursus berlangsung.
Terima kasih juga diucapkan kepada pihak penganjur dan ahli jawatankuasa P’Wajah yang telah bertungkus-lumus menjayakan seminar ini. Alhamdulillah, terima kasih atas komitmen yang luar biasa daripada semua peserta hebat yang hadir untuk menyedut ilmu dari Seminar Rahsia Imej Wanita First Class pada kali ini.
Anda berminat untuk mengadakan bengkel ini di tempat anda? Klik di sini untuk mendapatkan maklumat terperinci bengkel ini beserta sebutharga!