Alhamdulillah pada 21-22 September yang lepas Tim Perunding Imej Malaysia dijemput untuk menyampaikan Kursus Protokol & Etiket selama dua hari kepada warga MBJB yang bersemangat tinggi dan pro-aktif memberi perhatian dan mengambil bahagian sepanjang program berlangsung. Kursus yang padat ini mendedahkan para peserta kepada amalan etiket bisnes dan sosial di tempat kerja termasuk etiket penampilan dan juga amalan protokol dalam tugasan dan majlis rasmi.
Saya kongsikan sebahagian daripada gambar-gambar yang sempat diambil semasa program ;