Pada 4 Jun 2015 yang lalu berlangsung Kursus Perkhidmatan Pelanggan Cemerlang di Hotel Heritage Cameron Highlands bersama pengurus-pengurus dan kakitangan hospitaliti LPP.
Kursus ini mendedahkan budaya kerja dan amalan perkhidmatan profesional dalam industri hospitaliti. Para peserta didedahkan dengan amalan-amalan dan contoh-contoh cemerlang perkhidmatan profesional yang diamalkan oleh industri hospitaliti yang cemerlang di dunia. Semoga ilmu dan kemahiran yang diberikan dapat diaplikasikan dalam menaikkan imej dan reputasi kelas pertama dalam perkhidmatan mereka.
Saya kongsikan di sini gambar-gambar semasa kursus berlangsung;